fbpx

OKU Beli Rumah Secara Tunai

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 493Words
  • 673Views

Sempena hari wanita, saya kongsikan kisah ini.

Kisah seorang OKU penglihatan ini WAJIB diberi perhatian oleh kita semua, terutama anak muda lebih-lebih lagi yang masih belum membeli rumah.

Kisah Cik Esah Hussin ini menjadi viral selepas beliau membeli rumah secara tunai di Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada pertengahan Disember 2019.

Ketika ramai kini memberi alasan harga rumah mahal, duit simpanan tak cukup, harga rumah naik angkara kapitalis, dan pelbagai lagi alasan, Cik Esah yang buta ini membeli rumah pangsa kos rendah berharga RM72,500.

Dia telah menyimpan wang itu selama 19 tahun, dengan mengetepikan sekurang-kurangnya RM500 dari gaji bulanannya sebagai penyusun fail dan pegawai telemarketing selama bertahun-tahun.

Cik Esah memohon untuk membeli pangsapuri kos sederhana rendah pada tahun 2014 tetapi timbul masalah kerana kehilangan dokumen.

Dia terpaksa mendaftar semula pada 2016 dan dipanggil untuk pengundian oleh kerajaan negeri pada tahun 2017. Beliau menerima kunci beliau pada April tahun lalu.

 

Ditinggalkan ibubapa

Selepas ditinggalkan oleh ibu bapanya, Esah dibesarkan di rumah anak yatim di Kelantan. Beliau kemudian belajar di SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu. Dia berpindah ke rumah anak yatim di Setapak, Kuala Lumpur, semasa beliau sekolah menengah.

Selepas menamatkan pengajiannya, dia ke Rumah St Nicholas, di mana dia belajar kemahiran hidup asas, kemahiran berkomunikasi dan Teknologi Maklumat (IT).

Dan titik perubahan datang apabila dia bertemu jurulatihnya Jayah Doraisamy, seorang non-Muslim.

Jayah Doraisamy menggalakkan Cik Esah untuk berjimat dan membeli rumah. Dia membelanjakan wang dengan bijak dan berhati-hati, hanya menggunakan wang dari Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPC) , iaitu RM300 sebulan. Jumlah itu meningkat kepada RM400 tiga tahun lalu.

Kecekalan beliau saya kira berdasarkan pengalaman hidup yang ditinggalkan malah status OKU tersebut menyebabkan beliau kuat menghadapi ujian hidup. Tahniah saya ucapkan.

Jadikan kisah Cik Esah ini sebagai pemangkin semangat untuk mencapai matlamat kewangan Tuan Puan.

Jangan asyik cari dan berikan alasan tetapi carilah jalan penyelesaian. Semoga dipermudahkan urusan Tuan Puan memiliki rumah sendiri.

 

Apa alasan kita selepas melihat berita ini?

Alasan biasa kita
  • harga rumah mahal
  • kos sara hidup tinggi
  • kerajaan zalim
  • nak beli kereta bangsa H
  • ini semua angkara kapitalis
  • rumah harga Yahudi
  • semua salah Najib / DAP / Anwar / PAS / Mahathir
  • nak rumah dekat KL, 2 tingkat, ada swimming pool bawah 100k.

 

Apa lagi alasan lain?

Berapa banyak pendapatan yang kita dapat setiap bulan bukan penentu utama kedudukan kewangan kita.

Yang lebih penting ialah berapa kita dapat simpan setiap bulan utk kegunaan masa hadapan.

Pendapatan besar semata-mata tidka menjamin kelangsungan hidup jika tidak ada perancangan kewangan yang betul. Membeli rumah contohnya, perlu bersedia untuk membuat simpanan deposit dan bayaran ansuran bulanan.

Membeli rumah boleh jadi untuk kita tinggal dan boleh jadi untuk pelaburan.

Dalam buku Bijak Merancang Wang, ada 7 perkara dalam perancangan kewangan:
1. Aliran tunai
2. Pengurusan Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan
Kesemua 7 perkara ini perlu diuruskan secara seiring.
Ilmu ini ada di #bukuBMW BukuBMW
Buat tempahan sekarang dan dapatkan buku setebal 320 muka surat halaman warna bersama rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang 2020.

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mufti Dilantik Menjadi Menteri Agama Semalam, apabila mengetahuinya Yg Berbahagia…