fbpx

OPR naik, kena buat bayaran lebih

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 330Words
  • 884Views

Apabila kadar OPR naik, pastikan anda buat bayaran lebih sekalipun bank tak maklumkan apa-apa.

Gambar ini sekadar hiasan daripada kes sebenar seorang rakan REN yang menguruskan penjualan rumah pelanggan beliau.

Ini situasi yang mungkin berlaku; OPR naik tapi bank tak inform pun bahawasanya kena buat bayaran lebih. Biasanya berlaku jika menggunakan bank konvensional. Jika ada kawan-kawan yang ada info perbankan Islam pun berlaku perkara sama, mohon kongsikan. Mungkin saya tak cukup info.

1. Betul, bayaran masih sama tapi allocation untuk baki pokok akan semakin mengecil dan bayar lebih untuk interest bank.

Contohnya selama ini bayar 1,000 sebulan, dgn allocation tahun-tahun pertama 850 bayar interest dan 150 bayar baki pokok. Tapi disebabkan OPR naik, allocation tadi berubah kepada 900 bayar interest, 100 bayar baki pokok.

2. Bayaran tetap sama, tapi apa yang berlaku ialah bayaran lebih hanya ke atas interest bank. Ia menyebabkan hutang bertambah dan sekaligus tempoh bayaran balik pun bertambah.

3. Jika sepatunya hutang tadi adalah untuk 30 tahun, tapi disebabkan hal tadi ia menjadi lebih panjang kepada 35 tahun.

4. Jadi rujuk kepada bank apa kesan sebenar OPR terhadap hutang kita. Tanya banker sampai puas hati. Semak balik berapa effective rate hutang kita dengan bank.

Apa solusi yang boleh diambil jika

a. Revise balik ansuran berdasarkan OPR dan BR terkini.

b. Boleh juga buat permohonan untuk revise balik effective rate. Bank boleh pertimbangkan untuk restructured balik hutang kita dengan kadar dan syarat baru. Bergantung rekod kita selama ini.

c. Rifanance ke bank lain. Jika sekarang pakai bank konvensional, ia adalah perkara wajib dilakukan.

Satu lagi, semak juga baki coverage MRTT. Sebaiknya sediakan back up dengan melanggan ekstra polisi MLTT. Jika masih muda sekitar umur 30-an, coverage 200k boleh diperolehi dengan sumbangan bulanan 40++ sahaja.

Untuk pertanyaan lanjut sila wasap kami di link ini.

Supaya, jika berlaku kematian, boleh gunakan wang pampasan takaful ini untuk bayar baki hutang bank yang masih banyak.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sejak tahun lepas, saya berkira-kira hendak membeli handphone baru. Sekarang…