fbpx

Padman, Superhero India!

  • 4 years ago
  • 5Minutes
  • 874Words
  • 379Views

“America has Superman, Batman, Spiderman. But India has Padman!!”

Malam tadi TV2 menyiarkan filem Padman yang berasaskan sebuah kisah benar perjuangan seorang lelaki bernama Lakshmi lakonan Akshay Kumar.

Ia kisah Superhero dengan gelaran Padman. Superhero ini ada perjuangan tersendiri dan tidak perlukan topeng.

Perjuangan Lakshmi membela kaum wanita pada perkara yang mereka kaum wanita ini tidak mahu dibela pun asalnya.

Musa mula-mula melihat tajuk filem ini dahulu, saya tak menyangka langsung perkataan “pad” pada tajuk filem ini merujuk kepada pad sanitari tuala wanita.

Tidak pernah terfikir isu tuala wanita dan haidh boleh dijadikan sebagai tema utama satu filem bertaraf dunia.

Filem ini gabungan komedi, kasih sayang dan drama ini mengangkat tema perjuangan seorang lelaki bernama Lakshmi yang berusaha menghasilkan “pad” mampu milik lantaran melihat kesusahan isterinya yang menggunakan cara tradisional setiap kali datang haidh.

Dari awal filem sampai hujungnya bercerita tentang usaha Lakshmi mencipta tuala wanita.

Di kampungnya, tuala wanita tidak menjadi pilihan kerana harganya yang di luar kemampuan orang kampung. Mereka menggunakan tuala kain dan digunakan berulang-ulang kali.

Lakshmi dimarahi oleh isterinya kerana “membazir” 55 rupee untuk membeli tuala wanita. Katanya wang tersebut lebih baik digunakan untuk membeli susu yang boleh diminum sekeluarga.

Dengan hanya Lakshmi sedar tentang risiko
Bermula dari situlah perjuangan Lakshmi untuk menghasilkan tuala wanita yang murah dan mampu milik.

Memang Lakshmi berjaya mencipta sanitari dengan harga yang murah, tapi ia terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal.

Disebabkan haidh dan tuala wanita ini merupakan isu aib bagi masyarakat di kampungnya, Lakshmi dipulaukan oleh ahli keluarga dan orang kampung.

Masyarakat memandang Lakshmi sebagai lelaki miang kerana ingin mencampuri urusan orang perempuan.

Antara babak yang paling tak dapat saya lupakan ialah ketika Lakshmi mencuba sendiri tuala wanita ciptaannya.

Entah percubaan yang ke berapa, dia menaiki basikal dengan memakai pad di dalam seluarnya dengn “tabung darah haidh” menggunakan darah kambing diikat pada pinggangnya kemudian diperah sedikit demi sedikit bagi menguji ketahanan padnya.

Ketika ujikaji pertama dibuat, pad yang dipakainya boleh bertahan dengan Lakshmi melakukan pelbagai aksi sambil memakai pad di seluarnya.

Seterunya dia mencubanya sambil berbasikal di tengah pekan dan hendak dijadikan cerita, cubaannya gagal dan habis “darah haidh” membasahi seluarnya dengan disaksikan oleh masyarakat di kampungnya.

Ia menjadi buah mulut makcik dan pakcik bawang kampung sehingga isteri dan keluarganya menerima aib.

Adakah Lakshmi putus asa? Tidak sama sekali.

(SELINGAN: Sama la macam nak jadi bisnesman atau ejen. Kalau kena reject sekali dua – terus nak berhenti. Kemudian kena tegur oleh leader sekali dua – terus merajuk nak berhenti keluar ejensi)

Dia terus mencuba dan terus mencuba sehingga kemuncaknya mengimport bahan dari luar negara untuk menjayakan ciptaannya.

Ini mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini, iaitu usaha yang bersungguh-sungguh sehingga berjaya sekalipun menerima seribu satu cabaran.

Lakshmi mempunyai VISI dan MISI yang jelas iaitu menghasilkan sanitari wanita dengn kos yang rendah supaya ia boleh diperolehi dengan harga mampu milik oleh wanita India.

Beliau juga ada BIG WHY yang jelas dan betul-betul BESAR. Belian mahu isteri yang dicintainya selesa dan sihat. Beliau tidak mahu isterinya termasuk dalam statistik wanita India yang jatuh sakit dan meninggal dunia disebabkan berpunca dari menggunakan kain biasa berulang-ulang ketika period.

Beliau percaya dengan matlamat tersebut, sekalipun mendapat tentangan hebat daripada isteri dan keluarga.

Insan yang menjadi BIG WHYnya, juga adalah penghalang utama usaha Lakshmi. Sungguh ironi.

(SELINGAN: Sebagai ejen dan juga usahawan, apakah BIG WHY kita? Apakah VISI & MISI kita. Jika matlamat kita BESAR & JELAS, semua cabaran akan jadi kecil. Apalah sangat setakat kena reject dengn klien, kena marah dengan leader)

Antara babak yang menarik juga ketika detik-detik Lakshmi mendapat peluang berucap di pentas antarabangsa dengan berbahasa Inggeris.

Ucapannya mirip cara saudara-saudara kita dari Banglades atau Pakistan yang mencuba bercakap bahasa Melayu. Sepatah, sepatah perkataan Inggeris diucapkan oleh Lakshmi dan ia difahami.

Ia juga menunjukkan kesungguhan beliau berkongsi kisahnya dalam bukan bahasa ibundanya.

Kisah ini sungguh menginspirasikan.

Siapa dah tonton? Kongsikan babak mana yang menjadi ingatan di ruang komen.

“Amerika ada Superman, Batman, Spider-Man… Tapi India ada PADMAN!”
– Amitha Bachan yang berlakon cameo dalam filem Padman.

Ia dilafazkan di klimaks filem ini ketika Lakshmi mendapat penganugerahan negara dalam satu pertandingan reka cipta.

Selepas itu beliau kembali ke kampung halaman sebagai hero, yakni selepas beritanya tersebar di dada-dada akhbar.

Ketika itu barulah orang kampung mengiktiraf usahanya.

(SELINGAN: Sama la macam jadi bisnesman atau ejen. Perlu usaha dan tunjukkan kejayaan, barulah orang percaya kita. Masa mula-mula yang reject, yang kutuk, yang hina ada ramai. Apabila berjaya, semua mengaku saudara)

Bayangkan Lakshmi berhenti usaha selepas menerima “kemaluan” besar semasa darah haidh tumpah di hadapan masyarakat ramai ketika cubaan awalnya?

Tentu tidak ada superhero Padman.

Uniknya filem-filem hebat India, berasakan kisah benar.

Selain dari filem ini, ada filem-filem lain yang juga berasaskan kisah benar seperti;

– Dangal yang pernah saya kongsikan beberapa minggu lepas tentang perjuangan melahirkan seorang jaguh gusti,

– filem Slumdog Millionaire mengisahkan perjuangan seorang pemuda miskin menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Who Want To Be Millionaire,

– filem Bajrangi Bhaijan pula memaparkan perjuangan seorang pemuda menghantar pulang seorang kanak-kanak perempuan bisu dari Pakistan yang tersesat di India.

“Jika Amerika ada Superman, Batman & Soiderman,
Jika India ada Padman,
Malaysia ada …..?”

Apa kisah benar dari Malaysia yang boleh diangkat sebagai filem untuk menjadi inspirasi dunia?

Saya tinggalkan persoalan-persoalan akhir kepada kalian pembaca.

Afyan Mat Rawi
Acah-acah review filem

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Batal takaful sebab nak ambil ASB loan? Seorang rakan konsultan…