fbpx

Pasaran Takaful Di Malaysia Sangat Luas

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 544Words
  • 484Views

“En Afyan, saya berminat untuk join INFAQ Consultancy sebagai perunding. Tapi saya taknak jadi ejen takaful. Saya rasa dah ramai orang ambil takaful. Keluarga saya, kawan-kawan saya, semua sudah ada takaful”.

Ini respon saya:

1. Statistik menunjukkan, kadar penembusan polisi takaful keluarga baru sekitar 14% sahaja dari sellllluuuurrruuuuh rakyat Malaysia. (Rujuk gambar pertama dan kedua)

2. Statistik juga menunjukkan, purata coverage yg memiliki takaful keluarga itu hanyalah RM50,000 sahaja, dan secara purata mereka masih memerlukan coverage sebanyak RM200,000 lagi. (Rujuk gambar ketiga)

3. Berdasarkan statistik no 1, market industri takaful saaaangaaaaat luas ada kira-kira 86% lagi yg masih belum disentuh.

4. Mungkin ada yg beranggapan, statistik tersebut diabil kira seluruh rakyat termasuk kawasan pedalaman. Ya, ada benarnya dan kemungkinan di bandar-bandar besar statistiknya mungkin lebih tinggi.

5. Apapun, jika merujuk statistik no 2, orang yang sudah memiliki polisi takaful pun, coverage mereka masih rendah berbanding keperluan sebenar. Jadi, market takaful untuk pelanggan takaful sedia ada masih terbuka utk menambah polisi sedia ada.

6. Berdasarkan laporan daripada Life Insurance Association Malaysia (LIAM), 90% pemegang polisi insurans adalah “under-insured”. Manakala berdasarkan laporan daripada Malaysian Takaful Association (MTA), purata pemegang polisi takaful hanyalah RM50,000 dan memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000 lagi coverage purata.

7. Kebanyakan pelanggan takaful yg saya temui, majoriti fokus kepada medical card sahaja dan mengabaikan aspek perlindungan pendapatan yang sebenarnya ia tidak kurang pentingnya malah mungkin lebih penting berbanding medical card.

8. Mengapa saya katakan demikian, sebab jika seseorang tiada medical card, masih ada alternatif hospital kerajaan (sudah tentu servis jauh berbeza dengan hospital swasta yg dgn kos lebih tinggi). Tapi jika tiada INCOME PROTECTION yg cukup, agak sukar untuk mencipta alternatif lain seperti mengharap bantuan badan kebajikan atau derma dan zakat.

9. Kesimpulannya, market takaful masih luas di Malaysia. Ejen-ejen takaful, tak payah duk bergaduh nak berlawan “siapa paling takaful”, dan memburukkan kompeni takaful lain dengan kononnya “takaful kami no 1”. Musuh utama ejen takaful bukan ejen takaful lain, tapi ialah insurans konvensional riba.

10. Selepas 20 tahun takaful bertapak di Malaysia, dengan lebih 10 syarikat takaful di Malaysia dan hanya 14% sahaja rakyat Malaysia yg melanggan polisi takaful keluarga perlu dimuhasabah oleh semua ejen. Selama ini kita buat kerja atau sailang klien kompeni lain (Replacement of Policy – ROP), menyebabkan statistik sangat menyedihkan ini.

11. Ini pendekatan yang kami ambil di INFAQ Consultancy.

Berminat menyertai kami di INFAQ dalam Team Takaful? Isi borang di bawah

Jika berhasrat utk mengetahui lebih lanjut bagaimana polisi income protection berfungsi, baca di sini :

Plan Penggantian Pendapatan

Afyan, IFP.
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ambil pengajaran dari kisah ini. Sekalipun mempunyai 3 polisi, tapi…