fbpx

Penceraian Di Malaysia

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 302Words
  • 417Views
 
Saya pernah membaca satu statistik, kadar perceraian di US terkesan secara langsung dengan naik turun ekonomi.

Ketika ekonomi merudum, kadar perceraian meningkat dan begitu juga sebaliknya.

Saya tak pasti statistik di Malaysia. Jika ada, boleh tolong kongsikan.

Tapi berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan peguam syarie, majoriti besar punca perceraia adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Jika ada yang masih berpegang kepada kata-kata “Wang tidak boleh membeli dan memberi kebahagiaan”, boleh pertimbangkan kembali.

Sekarang kita berada di musim “kemarau”.

Jika dalam surah Yusof, persediaan untuk menghadapi musim “kemarau” perlu dilakukan ketika musim subur. Bukan ketika musim kemarau.

Jika sudah masim kemarau, tip-tip persediaan menghadapinya sudah tidak lagi relevan.

Nak tak nak, kena hadap sahaja.

Jadi, jika Tuan-Puan bertanya saya apakah tip untuk menghadapi zaman kemelesetan ekonomi, suka saya katakan, tip-tip itu sudah saya kongsikan lama dahulu.

Boleh search dengan gunakan keyword “gawat”, “kemarau” di FB atau blog saya.

Di zaman ini, kita akan saksikan kemarau dan kegawatan kali ini memberi kesan besar kepada pihak-pihak yang tidak membuat persediaan ketika zaman subur.

  1. Kadar perceraian akan meningkat.
  2. Rumah lelong akan semakin banyak.
  3. Kedai dan pejabat akan banyak ditutup.
  4. Syarikat-syarikat akan banyak gulung tikar.

Ia sebanrnya sudsh dilihat sejak tahun 2015 apabila ekonomi mula lembab.

Cuma kali ini kesannya lebih parah apabila berlaku beberapa perkara ini secara serentak:

1. Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik. Kesannya kini lebih teruk dari wabak-wabak sebelum ini seperti Sars, Zika, Ebola dan sebagainya.

2. Harga petrol dunia merudum. 5, 6 tahun lepas ramai pekerja dalam sektor OnG dibuang kerja.

3. Saham jatuh menjunam. Kali terakhir graf seteruk ini ialah ketika Black Monday 1987.

4. Komoditi alternatif seperti emas dan Bitcoin juga turut jatuh. Selalunya ketika krisis, emas masih stabil.

Semoga kita semua diselamatkan dari segala mala petaka yang sedang dan bakal melanda.

Kita masih ada Allah sebagai tempat pergantungan pertama dan terakhir, bukan hanya ketika susah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
gambar dari Berita Harian   3 Krisis Berlaku Serentak Krisis…