fbpx

Pengeluaran KWSP Melalui Kad ATM?

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 182Words
  • 458Views

Tadi saya menerima mesej yang agak mengejutkan tentang KWSP.

Dimaklumkan, dalam masa terdekat pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang KWSP menggunakan kad ATM.

Bagi saya, ia perkembangan yang agak membahayakan tentang wang dana persaraan majoriti rakyat Malaysia.

Sudahlah sebelum ini wang KWSP boleh digunakan untuk beberapa perkara seperti pembelian rumah, ansuran rumah, deposit Tabung Haji, melabur unit trust, membeli komputer (sudah dimansuhkan) dan lain-lain, kini ada ura-ura KWSP boleh dikeluarkan menggunakan kad ATM, bergantung kepada baki terkini.

Saya pernah kongsikan sedikit kegusaran saya di Beli Dan Bayar Ansuran Rumah Guna Wang KWSP?

Saya harap ura-ura ini tidak benar.

Nampak semacam menggadaikan wang persaraan rakyat Malaysia, dan tidak mustahil dijadikan modal PRU terdekat.

Ini mesej yg saya terima;

“Alhamdulilah, dalam masa terdekat duit KWSP dah boleh keluar melalui kad ATM…terima kasih kerajaan.

TERKINI DARI KWSP:

Sesiapa pun boleh keluarkan KWSP tak kiralah berapa umur dia, asalkan simpanan dalam Akaun bank tu ada dan ada kad ATM , cucuk sahaja kad ATM anda pada mana-mana mesin ATM Insya’allah keluar lah wang anda..

Keluar Wang Sendiri Punya (KWSP)”

Oh, kalau yang ini saya tiada masalah. Hoho!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya bawakan khas siri video Bijak Merancang Wang. Sesuai bagi…