Pengenalan Kepada Pelaburan

Pengenalan kepada PELABURAN

JENIS
Secara umumnya saya membahagikan pelaburan kepada dua jenis pelaburan iaitu;
1) Real Investment
2) Paper Investment

1) Real Investment adalah pelaburan yang melibatkan fizikal perkara yg dilaburkan seperti hartanah, emas, perak, atau perniagaan.

Apabila kita melabur dalam emas, kita dapat pegang emas. Jika kita melabur dalam hartanah, kita dapat pegang dan tinggal di hartanah berkenaan. Inilah yg dimaksudkan sebagai “real investment” ataupun boleh juga disebut “physical investment”.

2) “Paper Investment” pula adalah merujuk kepada pelaburan yg hanya melibatkan kertas (atau online) yang mewakili portfolio pelaburan seperti saham, forex, unit trust atau investment-link.

Apabila kita melabur di sini, kita akan menerima penyata dalam bentuk kertas yg mengandungi maklumat pelaburan yg kita miliki atau dalam format digital atau online. Ia juga boleh disebut sebagai “virtual investment”.

STRATEGI
Dari segi strategi pula saya bahagikan pelaburan kepada dua strategi;
1) “Networth Strategy”, dan
2) “Cashflow Strategy”.

1) “Networth Strategy” adalah strategi pengumpulan dan kenaikan nilai aset untuk jangka masa tertentu pelaburan.

Sebagai contoh; hari ini kita membeli rumah dengan harga RM100,000 dan dalam masa 7 tahun kita mengharap harganya akan meningkat kepada RM200,000. Maka keuntungan bersih (networth) kita adalah RM100,000.

Strategi ini boleh diaplikasi di dalam mana-mana jenis pelaburan sama ada jenis real investment atau paper investment.

2) “Cashflow strategy” pula adalah strategi pelaburan untuk mendapatkan keuntungan atau dividen secara bulanan atau sekurang-kurangnya tahunan.

Sebagai contoh dalam kategori pelaburan hartanah, kita membeli rumah dengan ansuran bulanan RM500 dan mengharap sewa sebanyak RM1000 maka setiap bulan kita menerima keuntungan daripada aliran tunai (cashflow) kita yg positif sebanyak RM500.

Strategi ini boleh diaplikasi dalam mana-mana kategori; paper investment atau real investment.

PRINSIP
Lain orang, lain cara dan prinsipnya.

Ini beberapa prinsip yg saya aplikasikan;

1) Pelaburan dalam ILMU.

Sebelum memulakan mana-mana pelaburan tidak kira real atau paper, tidak kira strategi networth atau cashflow, segalanya WAJIB bermula dengan ILMU.

Ia nampak mudah, namun secara praktikalnya kadang-kadang amat sukar sekali untuk mengamalkannya.

Ada orang yg sudah kerugian berpuluh-puluh ribu, tapi mengeluh apabila diajak menyertai kursus pelaburan yg memerlukan yuran kos seribu dua.

Sebenarnya, ketika kita rugi dalam pelaburan pun sebenarnya kita sedang belajar dari Yang Maha Pencipta dan dengan harga yuran yang tinggi.

Kita lebih melihat bernilainya emas atau hartanah berbanding nilai ilmu tentang emas dan hartanah.

2) Untung hanya ketika jual, bukan ketika beli.

Logiknya, pelaburan yg menguntungkan adalah dengan cara “buy low, sell high” dan ia common sense. Jadi, apabila sesuatu pelaburan itu sedang meletup sebenarnya ada pihak yg untung dan ada yg rugi.

Pihak yg untung adalah pihak yg sedang menjualnya dan keuntungannya adalah daripada “harga” orang-orang yg baru membelinya.

Hanya apabila ia dijual (jika rumah, ia disewa) barulah keuntungan sebenar diperolehi.

3) Common sense dan tidak ikut sentimen.

Inilah puncanya mengapa orang yang kaya raya lebih sedikit berbanding dgn orang yg tidak kaya kerana orang yang kaya raya tidak lakukan apa yang orang tidak kaya lakukan.

Manakala orang yang tidak kaya pula tidak bertindak seperti orang kaya bertindak.

Jadi, ketika sesuatu pelaburan itu sedang hangat diperkatakan, ramai orang berebut-rebut maka berhati-hatilah kerana jika semua pelaburan yang hangat dan yang direbut orang itu menguntungkan, maka sudah tentu orang kaya lebih ramai dari orang miskin.

Tidaklah sesukar mana bukan?

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com