fbpx

Penolakan atau ‘Rejection’

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 191Words
  • 343Views

Dipetik dari FB Amir Zulkifli

PENOLAKAN 

Penolakan atau ‘rejection’ bukan hanya terjadi dalam industri penjualan sahaja malah dalam kehidupan kita sehari-hari.

Cuba kita selusuri keadaan sebelum ini :

  • Semasa berada di universiti atau kolej, berapa kali kertas kerja atau ‘assignment’ yang ditolak oleh pensyarah.
  • Semasa dalam pencarian kerja, berapa kali ‘resume’ di’letak’kan dalam tong sampah. Semasa ditemuduga, berapa kali syarikat menolak permohonan Kita.
  • Kertas kerja/tender ditolak beberapa kali oleh pihak atasan sehinggakan kita merasakan malas nak buat dan rasa ‘down’. Paling tekanan kalau dikoyakkan atau dicampakkan ke lantai.
  • Kertas kerja untuk perniagaan dihantar kepada potensi prospek/syarikat, pendedahan awal/servis telah diberikan dan akhirnya ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu.
  • Sebelum bertemu dengan pasangan (suami/isteri), berapa kali kita berjumpa dengan orang yang ‘bukan’.

 

Mungkin ada banyak lagi penolakan yang kita hadapi/tempuhi. Kita ‘menjual’ nilai diri dan kemampuan kita.

Adakah nilai dan kemampuan diri tersebut mampu memenuhi kehendak manusia yang lain? Kita yang rasa sendiri.

Selagi kita berjumpa dengan namanya manusia, proses ini akan berulang. Ia akan mematangkan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran pada masa hadapan.

Mohd Nor Amir
Perunding
#pengurusankewangan
#penstrukturanhutang
#pengurusanhartapusaka
#INFAQConsultancy
#KAC

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, situasi-situasi di bawah ini akan memberi implikasi berbeza-beza…