fbpx

Pentingnya Vision Board

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 543Words
  • 547Views

Kali pertama saya membina Vision Board ialah pada tahun 2010 di program Awareness Before Change (ABC) di Janda Baik, Pahang.

Program 5 hari 4 malam ini menjadi program penting dalam hidup saya yang mengubah 180 darjah pandangan dan persepsi tentang kehidupan. Program disiplin tinggi tahap gaban ini dikendalikan oleh seorang trainer bekas tentera, Kolenel Izzaidin atau lebih dikenali sebagai Pak Izi.

Bayangkan, ceramah motivasi dilakukan jam 5 pagi! Tak pernah saya ikuti dalam mana-mana program, ceramah jam 5 pagi kecuali dalam ABC. Selalunya dalam program sebegini ia diisi dengan aktiviti qiyamullail. Tapi tidak di ABC.

Ia bukan program motivasi tapi lengkap dengan perancangan bisnes, semangat berpasukan, panduan berkeluarga dan sebagainya. Sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk ayat. Hanya yang pernah hadir sahaja yang dapat menghayatinya. Yuran program ini tidak murah.

Pengajaran besar dari program ini ialah; DISIPLIN HIDUP. Apa yang berlaku dalam hidup kita adalah tanggungjawab kita. For things to change, I must change first. Menang – kalah, kaya – miskin, berjaya – gagal, semuanya adalah tanggungjawab kita. Bukan orang lain.

Vision board pertama yang dibuat tahun 2010, separuh sudah tercapai dari sudut kerjaya, kewangan, keluarga, tempat pelancongan dan lain-lain.

Malah perkara yang saya rasa macam mustahil ketika saya membina vision board 9 tahun lalu, tercapai apabila berjaya menjejakkan kaki di masjid pertama umat Islam 7 tahun selepas gambar Baitul Maqdis ditampal pada papan visi itu.

Pengalaman kembara yang saya nukilkan dalam #travelog3kembara Umrah dan ziarah Palestin pada 2017 lalu menjadi lokasi kembara kenangan paling manis dalam hidup dibandingkan dengan negara lain.

Semalam, apabila saya membelek balik Vision Board untuk dikemaskini, saya perasan separuh yang sudah tercapai.

Ada juga yang masih dalam progres.

Ada juga yang tercapai lebih dari sasaran.

Oh ya, ada juga yang masih belum nampak bayang iaitu memiliki kapal terbang atau jet peribadi. Hahaha!

Aktiviti membina Vision Board ini saya panjangkan kepada rakan-rakan bisnes takaful dalam Agency Planning Workshop (APW) #TeamTakafulINFAQ Consultancy.

Seronok melihat rakan-rakan konsultan berkongsi matlamat hidup mereka yang selama ini hanya berada dalam pemikiran sahaja dan kali pertama menterjemahkan dalam bentuk visual. Seterusnya mereka perlu menterjemah dalam bentuk audio dan kenistatik melalui Vision Statement melalui tulisan dan audio.

Terbayang diri saya melakukan aktiviti tersebut 9 tahun lalu di Janda Baik.

Paling terharu ada peserta datang jauuuuuh dari Kota Kinabalu.

Saya yakin dan percaya, sebaik sahaja Vision Board itu dibuat, 50% matlamat yang diletakkan sudah dicapai. Hanya tinggal tindakan sahaja untuk melengkapkan 100% malah lebih.

Atas permintaan beberapa ejen yang tak dapat hadir semalam, InsyaAllah sesi ulangan akan diadakan pada 1 Mei nanti berkebetulan cuti hari pekerja. Jangan tanya bila pula kali ketiga.

Ada juga rakan-rakan Takaful IKHLAS di luar INFAQ berhasrat untuk hadir, nanti saya pertimbangkan. Kalau ada, boleh PM dahulu untuk tinjauan awal.

Bisnes takaful adalah satu perjuangan dalam muamalat Islam untuk mengajak umat Islam untuk membina legasi dan generasi. Ia dalam masa sama untuk melawan industri riba insurans konvensional yang sudah jauh lebih tinggi kadar penetration mereka di Malaysia.

Jika bukan kita yang rebut peluang ini, orang lain akan merebutnya.

Kami perlukan lebih ramai lagi pejuang yang mendokong aspirasi ini untuk sama-sama bernaung di INFAQ Consultancy.

Saban tahun, bonus menarik yang disediakan oleh pihak syarikat ialah insentif menunaikan umrah secara percuma. Ini istimewanya di Takaful IKHLAS berbanding syarikat lain.

Justeru, saya mengalu-alukan rakan-rakan yang berminat menyertai kami boleh isi form disini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terima satu mesej yang menyatakan penyesalan selepas 4 tahun melanggan…