fbpx

Pepanda (Pepatah-Pepitih Panda)

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 252Words
  • 407Views

Pepanda (Pepatah-pepitih panda)

Sempena kehadiran dua ekor panda dari China ke Malaysia;

“Tuntutlah panda, walau ke negeri China”

“Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua”.

“Carik-carik bulu panda, akhirnya bercantum jua”

“Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda belang…”

“Di mana ada zoo, di situ ada panda”

“Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda”

“Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan”

“Harapkan panda, panda makan padi”

“Pucuk dicita, panda mendatang”

“Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 72 juta itu panda”

“Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan”

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia”

“Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful”

“Buah cempedak di luar pagar, amik panda tolong jolokkan”

“Jika tiada panda,masakan pokok bergoyang”

“Terbakar kampung nampak asap, Terbakar zoo panda pun mati”

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak panda buruk padahnya”

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang panda, pandai-pandai la”

“Takkan panda hilang di dunia”

“Kalau ada sumur di ladang. Boleh panda menumpang mandi”

“Hutang emas boleh di bayar, hutang panda di back up GST ”

“Kalau panda panjang sejengkal, janagn Malaysia hendak diduga”

“Bagai mendukung panda hidup”

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat pandanya”

“Panda didahulukan, rakyat diketepikan”

“Chian punya panda, Malaysia dapat nama”

“Biar mati emak , jangan mati panda”

“Harimau mati meninggalkan belang, panda mati meninggal kan belang hitam putih”

“Jauh panda berjalan, luas pemandangan panda”

(Sebarang cadangan tambahan dialu-alukan, dan yang terpilih akan dikemaskni)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bisnes sebagai perunding takaful tidak menjanjikan bulan, bintang mahupun matahari.…