fbpx

Perancangan Kewangan Boleh Bermula Dengan Perancangan Pusaka

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 289Words
  • 345Views

Perancangan kewangan boleh bermula dengan perancangan pusaka.

Apabila membuat perancangan pusaka, ia akan diikuti dengan perancangan aset, hutang, pelaburan dan takaful sekaligus.

1. Perkara penting yang perlu dalam merancang pusaka ialah kita perlu menyenaraikan detail aset yang bakal menjadi harta pusaka dan faraid apabila kita meninggal dunia.

2. Berdasarkan harta yang dimiliki, boleh buat anggaran awal berapakah kos pentadbiran harta pusaka kelak.

3. Kemudian perlu senaraikan hutang piutang dan bagaimana ia diselesaikan sekiranya berlaku kematian. Di peringat ini, kita boleh rancang apa kaedah terbaik untuk melangsaikan hutang sebelum meninggal dunia dan dalam masa sama perlu ada perancangan bagaimana ia boleh dilangsaikan sekiranya berlaku kematian.

4. Bagi yang mempunyai keluarga, perlu ada perancangan bagaimana pasangan dan ahli keluarga yang ditinggalkan dapat teruskan kehidupan apabila kehilangan kita selaku pencari nafkah.

5. Bagi pasangan suami isteri, boleh plan siap-siap perancangan harta sepencarian untuk memudahkan pasangan apabila berlaku kematian.

6. Jika mempunyai anak bawah umur, perlu ada perancangan masa depan anak-anak melalui perancangan hak penjagaan anak atau hadhanah dan kos pendidikan mereka apabila menjadi anak yatim. Bagaiamana pula sekiranya berlaku kematian serentak kedua-dua ibu bapa?

7. Kemudian diikuti dengan perancangan penyediaan aset segera dan dan pantas melalui kaedah takaful apabila berlaku kematian untuk digunakan bagi menampung kos pengurusan harta pusaka serta menampung kos-kos yang dirancang di atas.

8. Boleh buat perancangan untuk penyediaan waqaf sebagai bekalan kita di alam kubur nanti. Waqaf boleh dilakukan berpandukan harta dan aset yang dimiliki sekarang.

9. Bagi orang muda pula mungkin akan berkata; “Saya muda lagi, belum ada harta, belum ada hutang. Saya belum kahwin pun lagi”. Inilah masanya untuk merancang untuk membalas jasa ibu bapa, sekiranya berlaku kematian tanpa sempat membalas jasa mereka.

Sudahkah anda merancang harta pusaka?

Rancanglah harta anda sebelum ia dirancang oleh orang lain.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kajian di Amerika mendapati 85% orang bekerja tidak sukai apa…