fbpx

Perancangan Kewangan Harus Jelas Di Masa Akan Datang

Dipetik dari FB Aznah Arshad berkenaan plan persaraan. Apa yang pasti anda harus mempunyai perancangan kewangan yang jelas.

BERSARA

EPF keluarkan satu laporan kajian kos sara hidup bagi mereka di lembah Klang.

Untuk bersara di lembah Klang, kos sara hidup bagi warga emas sekitar RM3090.

Maknanya jika anda pesara kerajaan, gaji terakhir anda sepatutnya sekitar RM5,200 sebulan. Sebab pembayaran tertakluk kepada pencen maksimum 3/5 gaji terakhir. Jadi

3/5 x 5200 = 3120

Jika anda pesara swasta dan mengambil kira jangka hayat sehingga 75 tahun, maka anggaran yang diperlukan menggunakan kaedah capital liquidation adalah:

3090 x 12 x 20 = RM741,600

Itu jika anda bersara sekarang. Jika ada akan bersara 20 tahun akan datang, anda mungkin perlu pertimbangkan faktor inflasi.

Jumlah itu pun juga, jika anda kekal sihat seperti sekarang dan tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang khusus.

Jika tidak merancang dan mempunyai matlamat yang jelas tentang gaya hidup persaraan, besar kemungkinan anda tak boleh kekalkan gaya hidup sekarang dan kena ubah gaya hidup.

Sudahkah anda merancang?

Plan Your Wealth, Change Your Life

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com