fbpx

Perbaiki Kewangan; Menteri Potong Gaji, Kita?

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 587Words
  • 318Views

Tun M mengumumkannya semalam, gaji jemaah menteri Malaysia dikurangkan 10%.

Sementara di Kelantan, potongan gaji 20% MB dan Exco sudah dilaksanakan sejak zaman Tok Guru Nik Aziz.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Kelantan atas contoh yang baik ini.

Kedua-duanya adalah bertujuan untuk memperbaiki kewangan dan masa depan negara.

Kita pula bagaimana? Berapa yang sudah kita peruntukkan untuk kewangan diri sendiri dan masa depan kita dan keluarga?

Dalam model kewangan INFAQ, rakyat marhaen dicadangkan memperuntukkan 30% daripada pendapatan bulanan untuk 3 perkara berikut;

1. SIMPANAN 10%.

Ini dana rizab. Fungsinya untuk tujuan kecemasan seperti kereta rosak, paip bocor, duit hilang dan sebagainya. Jika berlaku situasi ini, tak risau duit nak cekau dari mana.

Ia di simpan dalam instrumen yang mempunyai 3 ciri berikut;

-1. Mudah cair
-2. Tiada kos
-3. Tiada risiko

Jika tiada atau tak cukup 3 ciri di atas, ia bukan instrumen SIMPANAN. Ia mungkin instrumen lain

Simpan 10% sebulan sehingga jumlah tabungan tersebut minima terkumpul menyamai 3 ke 6 bulan gaji sekurang-kurangnya.

Bagi yang bekerja sendiri, minima 6 bulan hingga ke 12 bulan gaji. Lagi tinggi lagi baik.

Contohnya jika pendapatan RM3,000, perlu ada RM9,000 ke RM18,000 sebagai dana rizab SIMPANAN ini.

Selepas cukup minima dana rizab, baru boleh buat PELABURAN. Jangan gunakan dana SIMPANAN utk tujuan PELABURAN.

2. PERLINDUNGAN Takaful 10%.

Ia untuk menghadapi 3 malapetaka kewangan iaitu:

-1. Kematian,
-2. Lumpuh, dan
-3. Sakit kritikal.

Jika berlaku salah satu daripada 3 perkara ini, hidup akan berubah 180 darjah kerana hilang punca pendapatan dalam masa sama masih perlu teruskan hidup keluarga dan bayar hutang-piutang.

Jika hanya bergantung kpd SIMPANAN sahaja, lama kelamaan akan habis. Atas sebab itu kita perlukan PERLINDUNGAN takaful untuk 3 perkara ini;-

-1. Perlindungan Pendapatan. Sekurang-kurangnya coverage takaful bersamaan 10 tahun pendapatan. Jika pendapat RM3,000 sebulan, maka perlu ada RM360,000 (RM3,000 X 12 bulan X 10 tahun) perlindungan pendapatan bagi persediaan menghadapi malapetaka kewangan tadi.

-2. Medical Card sebagai alat untuk mengekalkan aset. Sekiranya dimasukkan ke hospital, tak perlu usik ASET dan SIMPANAN utk membayar bil hospital. Gunakan sahaja medical card.

-3. Penyelesaian Hutang. Sekiranya berlaku 3 situasi malapetaka kewangan tadi (mati, lumpuh, sakit kritikal), hutang masih lagi perlu dilunaskan. Sebab itu perlunya PERLINDUNGAN takaful sebagai persediaan.

Untuk PERLINDUNGAN PENDAPATAN dan MEDICAL CARD, peruntukkan 10% daripada pendapatan kita utk perkara-perkara tersebut.

3. PELABURAN

Jika hanya membuat SIMPANAN sahaja, ia tidak mampu untuk menghadapi inflasi yang meningkat saban tahun.

Jadi, kita perlukan instrumen PELABURAN untuk menggandakan wang dan aset kita untuk 3 perkara berikut;

-1. Persaraan
-2. Pendidikan anak
-3. Menunaikan haji

Ketiga-tiga perkara ini memerlukan kos yang tinggi terutama persaraan. Jika kita memerlukan RM6,000 sebulan sebagai kos sara hidup selepas bersara, maka jumlah yang kita perlukan ialah RM6,000 X 12 bulan X tempoh persaraan.

Berapa lama tempoh persaraan?

Jangka hayat rakyat Malaysia sekitar 73 (lelaki) ke 78 (wanita). Andaikan purata 75 tahun sebagai jangka hayat rakyat Malaysia. Jika bersara umur 60 tahun, maka tempoh persaraan ialah 15 tahun.

Jadi, jika kita memerlukan RM6,000 sebulan sebagai kos sara hidup selepas bersara, maka jumlah yang kita perlukan ialah RM1,080,000.

Ya, RM1 juta lebih! Ia belum dikira faktor inflasi selepas bersara.

Sebab itu perlu mulakan PELABURAN dari muda. Apabila sentuh tentang PELABURAN, ia tidak akan lari dari KOS dan RISIKO.

Melabur dalam ilmu PELABURAN terlebih dahulu sebelum mulakan PELABURAN supaya dapat minimumkan KOS dan RISIKO tadi.

===

PERSOALANAN penting SEKARANG; Adakah kita sudah lakukan persediaan-persediaan di atas?

Tak kira PH, PAS mahupun BN; duit kita, kita yang kena uruskan. Tidak kira mana-mana parti yang memerintah pun.

Afyan Mat Rawi <<< Jemput Follow FB ini utk lagi tip kewangan dan kehidupan

Jemput juga sertai telegram t.me/tipsRM utk banyak lagi tip dan perkongsian seputar kewangan dan kehidupan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selaku konsultan kewangan, saya sangat alu-alukan cadangan skim KWSP untuk…