fbpx

Perbankan Islam Tidak Islam (2)?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 584Views

Analogi Sammy dan Suhaimy

Apakah beza Sammy yg beragama Hindu, dengan abangnya Suhaimy yang memeluk Islam setahun lalu?

(Nota; Nama sekadar contoh).

Suhaimi mengucapkan kalimah syahadat. Memandangkan dia masih baru dan muallaf, masih banyak perkara di dalam Islam yg dia sedang pelajari.

Kedua-duanya masih berkulit gelap, berbahasa Tamil, makan capati, dll.

Apa beza kedua-duanya?

Syahadat yg membezakan mereka.

Itulah asas perbezaan di antara sistem kewangan konvensional dengan sistem kewangan patuh syariah.

Kita ambil contoh masyarakat Melayu, 1000 tahun lepas, nenek moyang kita beragama Hindu. Sedar tidak sedar, sekalipun sudah beribu-ribu tahun memeluk Islam, budaya masyarakat Hindu sedikit sebanyak masih wujud dalam amalan harian kita.

Amalan berinai ketika berkahwin, amalan bersanding, amalan menepung tawar – semua ini adalah asalnya dari amalan budaya Hindu, bukan?

Apakah kesan amalan-amalan ini kepada aqidah Muslim? Sudah tentu tidak terjejas dari aspek aqidah jika kita menganggapnya ia sekadar budaya. Bagi yang warak, sudah tentu menolaknya terus.

Begitulah analogi di antara perbankan konvensional dengan perbankan Syariah.

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Tidak dapat dinafikan, dalam 30 tahun perbankan Islam bertapak, sukar untuk membuang 100% unsur-unsur daripada perbankan konvensional.

Malah pemain-pemain yg terlibat di dalam perbankan Islam pun, ramai berasal daripada perbankan konvensional.

Kita bergerak dari satu tahap ke satu tahap. Tahap asas memperkenalkan sistem perbankan bebas riba sudah lepas.

Namun sayang seribu kali sayang, kadar penembusan masih lemah berbanding perbankan konvensional. Justeru, kita semua selaku orang Islam WAJIB mempromosikan perbankan syariah kepada rakan, sanak dan saudara supaya HIJRAH segera.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di sebuah sekolah di Kajang, seorang Guru Penolong Kanan bercita-cita…