fbpx

Perbezaan antara personal financing dan asb financing” dan “perbezaan antara effective rate dan flat rate

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 558Words
  • 678Views

Saya terbaca nasihat supaya buat personal loan (atau personal financing) untuk labur ke dalam ASB, yang katanya lebih baik berbanding ASB financing.

1. Ada perbezaan utama antara cara kira ansuran dan keuntungan bank bagi personal financing dengan ASB financing.

2. Sekali tengok, nampak kadar untuk personal financing mungkin lebih rendah daripada ASB financing tetapi bayarannya mungkin lebih tinggi jika dikira menggunakan kadar tetap atau fix rated.

3. Terdapat perbezaan kadar antara penjawat awam dan pekerja swasta bagi personal financing. Kadar untuk penjawat awam mungkin lebih rendah, tetapi kadar untuk pekerja swasta mungkin lebih tinggi dan tempoh pembiayaan lebih pendek.

4. Tempoh pembiayaan personal financing mungkin lebih pendek daripada ASB financing, yang mungkin mempengaruhi jumlah bayaran bulanan.

5. Personal financing mungkin menawarkan kadar tetap sepanjang tempoh pembiayaan, manakala ASB financing menggunakan kadar effective rate. Effective rate adalah kadar yang memperhitungkan faedah dan caj terkait lain seperti yuran dan bayaran balik.

6. Berikut adalah contoh pengiraan untuk ASB financing dan personal financing dengan andaian RM200,000 jumlah financing dan tempoh pembiayaan selama 10 tahun:

Personal Financing:

  • Berdasarkan kadar fixed rate sebanyak 3.99% dan tempoh pembiayaan selama 10 tahun, bayaran bulanan adalah sebanyak 2331.67
  • Bayaran bulanan ini hanya terdiri daripada bayaran keuntungan bank.

ASB Financing:

  • Berdasarkan kadar effective rate sebanyak 4.45% dan tempoh pembiayaan selama 10 tahun, bayaran bulanan adalah sebanyak 2067.95 sebulan.
  • Bayaran bulanan ini terdiri daripada bayaran keuntungan bank dan pembayaran pokok.

Sebagai perbandingan, walaupun kadar fixed rate personal financing lebih rendah berbanding effective rate ASB financing, tetapi bayaran bulanan personal financing lebih tinggi kerana kadar fixed rate tidak mengambil kira pembayaran pokok dalam pengiraan.

Contoh di atas dibuat 10 tahun kerana tempoh maksima personal financing biasanya tidak lebih daripada tempoh berkenaan.

Oleh itu, ia adalah penting untuk memahami perbezaan cara pengiraan dan membuat pilihan yang bijak.

Inilah perbezaan EFFECTIVE RATE dan FLAT RATE.

1. FLAT RATE adalah pengiraan kadar keuntungan berdasarkan harga pokok. Kadar keuntungan dalam kiraan flat rate adalah sama sahaja setiap bulan walaupun baki pinjaman berkurangan.

  • Contohnya dalam hutang personal financing di atas, kadar 3.99% adalah flat rate, bukan effective rate. Keuntungan bank adalah sama pada setiap tahun. Maka daripada tahun pertama hingga tahun ke-10, kadar keuntungan yang dikenakan oleh bank adalah sama.
  • Maksudnya, sekiranya pelanggan sudah bayar separuh daripada tempoh pembiayaan, andaikan 5 tahun, kadar keuntungan masih lagi ke atas RM200,000 walaupun baki pokok sudah berkurangan menjadi separuh daripada jumlah tersebut.
  • Jika pelanggan ingin membuat penyelesaian awal atau early settlement, mereka masih perlu membayar total hutang RM139,900. Tidak ada sebarang penjimatan kecuali atas budi bicara pihak bank.

2. Apapun EFFECTIVE RATE pula adalah pengiraan kadar keuntungan berdasarkan baki hutang semasa.

  • Dalam kaedah pengiraan effective rate, kadar keuntungan yang dikenakan kemungkinan berubah-ubah atau tetap, tapi konsep pengiraannya adalah tetap sama iaitu berdasarkan baki hutang dan bukan baki pokok asal seperti flat rate.
  • Contohnya dalam pengiraan pembiayaan ASB financing di atas, kadar yang bank kenakan ialah 4.45% lebih tinggi daripada kadar keuntungan flat rate 3.99% tapi disebabkan ia adalah berdasarkan pengiraan effective rate, jumlah ansurannya lebih rendah.
  • Pengiraan adalah berdasarkan baki harian atau bulanan (daily or monthly rest), menyebabkan ia lebih rendah.
  • Maksudnya, sekiranya pelanggan ingin membuat penyelesaian awal contohnya selepas 5 tahun setengah dan baki pokok tinggal 111,059.08, maka pelanggan hanya perlu bayar baki pokok sahaja.

Untuk membandingkan kedua-dua jenis kadar hutang, sebaiknya perlu memastikan membandingkan effective rate pada pinjaman yang sama untuk menentukan mana yang lebih baik untuk anda.

Kepada rakan-rakan banker yang membaca posting ini, tolong betulkan jika ada kesalahan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tiba-tiba ada orang sentap selepas saya post tentang memahami takaful…