fbpx

Perbezaan Besar Undang-undang Syariah & Undang-undang Sivil-Part 1

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 423Words
  • 500Views

Suspek kes langgar lari di Cyberjaya sudah pun ditangkap.

Berdasarkan undang-undang sivil, ada beberapa hukuman yang mungkin akan dijatuhkan jika didapati bersalah.

1. Hukuman gantung sampai mati
2. Hukuman penjara
3. Hukuman denda
4. Jika bernasib baik selepas dipenjarakan, berpeluang mendapat pengampunan daripada YDPA.

Berdasarkan berita dan perbincangan dalam group peguam, suspek tersebut melakukan pembunuhan tersebut tanpa niat. Jadi, agak sukar untuk ia sampai kepada hukuman gantung sampai mati.

Paling tinggi pun ialah penjara.

Bandingkan dengan undang-undang syariah.

Dalam undang-undang Syariah Islam, dalam kes bunuh, ada beberapa hukuman yang boleh dipertimbangkan;

1. Bunuh balas / qisas
2. Bayar ganti rugi kpd keluarga si mati
3. Pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa.

Ketiga-tiganya adalah pilihan kepada keluarga si mati selepas mahkamah membuat perbicaraan yang adil dan saksama, atas nasihat hakim.

Jika dalam kes ini, kemungkinan pembunuh melakukan jenayah tersebut tanpa niat jadi mungkin tidak sampai ke tahap bunuh balas.

Apa manfaat bunuh balas?
Ia akan menggerunkan masyarakat supaya takut untuk melakukan jenayah ini lagi.

Apa manfaat bayar ganti rugi?
Keluarga si mati akan mendapat pampasan kewangan yang hilang akibat kematian si mati yang mungkin dia adalah pencari nafkah keluarga, atau juga pampasan akibat faktor emosi dan sosial yg menjejaskan ekonomi keluarga si mati. Ia mirip manfaat kepentingan “income protection”.

Berbeza dgn hukuman undang-undang jenayah sivil tadi.

Apa manfaat penjara?
Ia adalah tempat penjenayah dikumpul. Apabila mereka berkumpul sebenarnya mereka masuk ke “universiti” kerana di sana mereka dapat belajar dgn otai-atai lama mereka. Malah selepas keluar, mereka boleh menjalankan aktiviti jenayah kembali dgn lebih cekap.

Dalam tempoh pemenjaraan itu, semua makan, minum, tempat tinggal akan ditanggung oleh kerajaan yang menggunakan cukai rakyat. Adakah Tuan-puan redha cukai kita diguna untuk menanggung kos penjenayah? Difahamkan kos menanggung banduan di penjara adalah RM17 dan ia dari cukai yang kita bayar!

Apa pula manfaat denda?
Denda dibayar kpd kerajaan, bukan keluarga mangsa. Jadi, kerajaan yang dapat manfaat daripada denda yang dibayar oleh penjenayah.

Antara perbezaan besar hukuman undang-undang syariah berbanding hukuman undang-undang sivil ialah hak jatuh hukum selepas perbicaraan adil dilakukan ialah; dalam undang-undang syariah hak tersebut milik ahli keluarga manakala dalam undang-undang sivil hak tersebut milik mahkamah.

Maqasid (tujuan) syariah ialah untuk menjaga kebajikan ahli keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga.

Nampak tak perbezaan besar antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah?

Jika anda ahli keluarga mangsa, mana satu yang anda rasa lebih adil?

Yang mana lebih menepati fitrah manusia?

#SayaSokongHudud
#SayaSokongQisas
#SayaSokongRUUSyariah

Afyan Mat Rawi, LL.B
Jemput follow dan see first

#Takziah buat ahli keluarga arwah Wan Amirah, mangsa langgar lari. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya kongsikan tulisan berkenaan kes langgar lari dan sedikit…