Perihal Bitcoin

Saya banyak kali menulis perihal Bitcoin.

  • Kali pertama saya tulis pada tahun 2017, ketika harga Bitcoin meroket dan ketika itu BNM kemaskini notis lama bahawa Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia
    Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia
  • Kemudian saya menulis lagi untuk menegaskan perkara sama.
    Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia 2
  • Ketika itu salah seorang guru kewangan saya Tuan Azizi Ali rancak menulis tentang Bitcoin, saya kongsikan pandangan saya tentang perkara tersebut. Baca artikel di sini
  • Ustaz Zaharuddin juga pernah memberi pandangan tentang Bitcoin dari sudut hukum. Baca artikel di sini
  • Ketika Bitcoin diperkatakan ramai, saya berikan amaran bahawa jangan mudah terpengaruh dengan pelaburan trending.
    Baca artikel di sini
  • Awal tahun 2018, sekali saya tegaskan jangan mudah mengikut majoriti, termasuk Bitcoin. Baca artikel di sini
  • Tahun 2019, harga Bitcoin tidak serancak beberapa tahun sebelum itu, saya menulis bahawa inilah waktu terbaik untuk membeli Bitcoin. Baca artikel di sini.

Sebenarnya tak susah nak kesan sama ada sesuatu skim Bitcoin itu saga atau tidak.

Jika ia menawarkan pulangan bulan-bulan tak masuk akal atau yang jenis cari downline – sesungguhnya adalah skim sontot menggunakan nama Bitcoin.

Bitcoin yang bukan sontot, adalah dengan buka akaun dan beli Bitcoin. Ia pelaburan yang sangat volatile dan berisiko dalam masa sama peluang untung besar dalam masa yang cepat pun ada.

Mana-mana skim pelaburan, takkan lari daripada risiko. Jika ada pelaburan yang mengatakan dijamin untung dsn tiada risiko, ketahuilah bahawa itu adalah ciri scam.

Takziah buat pelabur-pelabur skim sontot ini. Saya yakin skim sebegini takkan mati.

Selagi mana ada orang yang tamak nak kaya cepat, selagi itulah akan ada skim-skim baru sebegini. Dan yang best, saya berani jamin ia takkan kekal lama. Paling lama 5 tahun sebelum ia tersontot di pintu shorga.

Afyan Mat Rawi,
Bekas Presiden Persatuan Anti Sontot (PAS), self-claim.

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi, IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com