fbpx

Perjuangan Ejen Takaful

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 336Words
  • 331Views

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

 

Tuntutan takaful ditolak

Terjumpa seorang pemuda ketika menunggu giliran di bank. Selepas bertanya nama dan pekerjaan saya perkenalkan diri sebagai ejen Takaful. Spontan reaksi beliau berubah.

Bermula dengan bercerita tentang tuntutan kemalangan kawan beliau yang tidak diluluskan oleh syarikat Takaful, beliau membuat pendirian untuk tidak mencarum pelan perlindungan daripada mana-mana syarikat Takaful.

Bagi beliau mencarum di dalam Takaful ibarat menolak takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Beliau lebih senang untuk membuat simpanan sendiri yang kini berjumlah hampir Setengah Juta ringgit. Beliau seorang peniaga yang agak berjaya jadi untuk membuat simpanan sebanyak RM3,000 sebulan bukan masalah besar baginya.

Sebagai seorang ejen Takaful dan juga sedikit ilmu berkaitan pewarisan harta pusaka, saya cuba memberi pencerahan tentang konsep Takaful dan juga perancangan harta pusaka. Bagaimana Takaful boleh melindungi harta dan juga membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan pusaka.

 

Hidayah milik Allah

Namun hidayah itu milik Yang Maha Esa jua.

Setelah agak lama berdebat dan hampir bertikam lidah akhirnya saya mengalah. Tidak semua orang saya mampu untuk bantu. Saya terpaksa lepaskan beliau dengan kekesalan di hati.

Tapi mengalah bukan bererti kalah. Perjuangan menyebarkan kebaikan akan saya teruskan. Medan jihad sentiasa terhidang untuk saya tempuh. Doakan saya cekal dan tabah dalam perjuangan ini.

Kepada yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Takaful atau perwarisan boleh scan QR code di bawah. Keutamaan diberikan kepada orang Johor Bahru dan sekitarnya.

 

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini ialah laluan baru yang diberi nama "Spegethi Link" di…