fbpx

Perkara paling susah dalam hidup, DISIPLIN.

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 268Words
  • 218Views

Ia merangkumi segenap kehidupan termasuk dalam ibadah, beragama, rumah tangga, keibubapaan, kesihatan sehinggalah kepada kewangan dan bisnes.

Dalam hal ini, MINDSET dan HABIT memainkan peranan yang penting.

Ketika Mula-mula membina disiplin, memang ia akan rasa susah. Tapi apabila sudah ada mindset dan habit yang betul, disiplin akan jadi mudah sebab ia sudah menjadi AUTOMATIK.

Sebagai contoh, tabiat MENYIMPAN. Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba.

Ia datang daripada apa yang sudah ditanam lama dalam mindset dan akhirnya ia menjadi tabiat.

Masa kita kecil dahulu, ketika bagi duit belanja untuk ke sekolah, mak ayah selalu pesan “Nah, ambil duit ini. Pergi sekolah belanja betul-betul. Beli makanan, jangan beli jajan. Kalau ada lebih, simpan”.

Ia diulang dan diulang dan diulang daripada darjah satu sampai darjah enam. Kemudian sambung lagi dari tingkatan satu sampai SPM. Sambung lagi apabila di pengajian tinggi.

Jadi, apabila anak tadi membesar hingga mendapat kerja yang pertama, sebaik sahaja dapat gaji maka ia akan lebih cenderung untuk belanja terlebih dahulu dan kemudian apabila ada lebih baru simpan.

Seiring dengan apa yang dipesan berulang-ulang kali tadi “Nah, ambil duit ini. Pergi sekolah belanja betul-betul. Beli makanan, jangan beli jajan. Kalau ada lebih, simpan”.

Dan hasilnya, berdasarkan banyak statistik, majoriti rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan.

Saya yakin akan ada yang berikan pelbagai justifikasi seperti gaji kecil, kos sara hidup naik, cukai tinggi dan sebagainya.

Silakan, teruskan berikan alasan-alasan untuk tidak menyimpan. Ia tidak menjadikan situasi lebih baik pun.

Jadi, bagaiamana hendak memupuk disiplin menyimpan? Saya sambung dalam tulisan akan datang kalau ada ramai yang berminat nak tahu.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Subhanallah! Best nya hidup kalau dapat macam ni Bank bagi…