fbpx

Perkembangan Ekonomi Semasa Selepas Sebulan PRU14-Infografik The Edge

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 198Words
  • 353Views

Ini laporan infografik daripada The Edge, “koran” wajib untuk mengetahui berita-berita berkaitan ekonomi, pelaburan, hartanah dan kewangan di Malaysia dan dunia.

Akhbar ini juga pernah dibekukan penerbitannya sementara kerana melaporkan isu 1MDB pada tahun 2015.

Saya selalu gunakan akhbar ini untuk menyemak prestasi dana-dana unit trust Malaysia.

Kali ini melaporkan tentang perkembangan ekonomi semasa, dlm masa sebulan selepas PRU, ini yg berlaku;

1. Bursa Malaysia merudum paling teruk dalam masa setahun, iaitu pada 30 Mei 2018.

2. Penanda aras indeks tempatan berada pada kedudukan paling rendah dibandingkan dengan prestasi sama di negara-negara serantau lain, iaitu negetif 4.46

3. Maybank, kaunter bursa Malaysia terbesar dengan mencatatkan kerugian terbesar dari sudut nilaian tertinggi iaitu sebanyak RM11.99 billion, diikuti TNB dan CIMB.

4. Manakala kerugian terbesar dari sudut peratusan ialah CIMB iaitu sebanyak 11.16% diikuti TNB, Axiata dan Maybank.

5. Nilai ringgit terus menjunam dari sebelum dan selepas PRU 14.

6. Matawang Ringgit Malaysia jatuh teruk jika dibandingkan dengan matawang lain di rantau ini, di kedudukan kedua terburuk selepas matawang Peso Filipina, jauh ditinggalkan Rupiah Indonesia dan Dollar Singapura.

Malaysia sudah bankrap atau sedang dibankrapkan?

Afyan Mat Rawi, IFP

Follow dan klik see first utk lagi info-info menarik kewangan.

Jemput sertai Channel Telegram https://t.me/tipsRM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa pernah main "UFO-UFO" macam ni? 1. Guna kertas suratkhabar…