fbpx

Perlu Atau Tidak Join Seminar Yang Mahal-Mahal

  • 1 year ago
  • 9Minutes
  • 1708Words
  • 1130Views

UPDATED : 14 Ogos 2022, FB Page Afyan Mat Rawi

Guru bisnes yang menganjurkan kelas bisnes dikatakan tak ada bisnes mereka yang berjaya dan kelayakan untuk mengajarkan orang lain berbisnes.

Sama juga macam pensyarah yang mengajar subjek bisnes bisnes, degree bisnes, master bisnes, atau Phd bisnes pun tak ada bisnes yang boleh dibanggakan.

Manakala orang yang berjaya dalam bisnes pula tak sempat nak menganjurkan dan mengadakan kelas-kelas bisnes sebab mereka sibuk dengan bisnes mereka.

Sungguh ironi, bukan?

Jadi bagaimana usahawan baru hendak belajar ilmu bisnes?

Caranya ialah berkuli atau menjadi team-member dalam bidang bisnes yang diceburi.

Jika nak ceburi bidang F&B, sebaiknya berkuli dahulu dalam berkenaan. Akan tahu selok bisnes berkenaan. Jika nak jadi ejen takaful berjaya, bergurulah dengan GAM takaful yang berjaya. Ehem, Ehem…

Perlukah sertai program-program bisnes yang mahal-mahal?

Subjektif. Ia bergantung kepada keperluan kita sebagai pendiri bisnes.

Sejujurnya saya memang tak pernah hadir training-training bisnes dan kewangan dengan yuran melebihi RM1,000, kecuali beberapa program berikut:

1. Training Awareness Before Change (ABC) oleh Kolenal Izzaidin (Pak Izzi) pada tahun 2010

2. Training untuk medapatkan pensijilan IFP oleh IBFIM pada tahun 2011

3. Training belajar SEO oleh Majalah Niaga (sekarang Hasbul Brothers’) yang dikendalikan oleh Tuan Hasbul Aqill pada tahun 2014

4. Training pensijilan NLP oleh NLP Malaysia yang dikendalikan oleh Tn Hj Fadzli Yusof pada tahun 2016.

5. Training ilmu Bussines & Keyman Insurance / Takaful anjuran Akademi IKHLAS pada tahun 2017

6. Training No-Code Programming Course oleh Tn Izzuddin Yusof, beberapa bulan lepas.

Semuanya saya hadir atas dasar keperluan bisnes, kewangan dan peribadi. Semuanya berbaloi-baloi dan mendapat ROI yang tinggi jika dinilai dengan pulangan wang ringgit.

Program ABC (Awareness Before Change) ialah program pertama dengan yuran yang mahal, mengubah paradigma saya tentang bisnes dan kehidupan. Yurannya lebih sebulan komisen saya waktu tu. Ia antara titik tolak saya fokus dan kemudian perform dalam bisnes takaful dan kewangan hingga sekarang dan pulangannya berkali ganda.

Tahun 2010 tak macam sekarang yang bersepah kelas-kelas yang dijual dengan harga ribu-ribu begitu. Saya hadir ke program tersebut atas dasar kepercayaan Sifu bisnes takaful saya Tn Hj Isa Sabitan yang menggalakkan saya hadir walaupun kosnya sangat tinggi ketika itu. Apabila dikenang kembali, ia sangat murah berbanding dengan apa yang saya dapat dan amalkan.

Program ABC merupakan antara program yang menjadi titik tolak saya daripada ejen takaful biasa-biasa kepada saya sekarang ini.

Training pensijilan IFP saya dapatkan untuk mengukuhkan ilmu sebagai konsultan kewangan secara “Book Smart” walaupun sebelum itu banyak saya belajar ilmu kewangan secara “Street Smart”. Antara lain sebab saya ambil pensijilan IFP sebab sebelum itu ada yang pertikai kelayakan saya menulis dan berkongsi tentang kewangan.

Asalnya saya hadir nak dapat title untuk tutup mulut haters dan plan untuk jadi financial planner. Ternyata pelaburan itu sangat berbaloi dan dapat lebih dari itu walaupun tak teruskan hasrat untuk jadi financial Planner atau financial advisor. Saya ada sebab tersendiri kenapa tidak teruskan ke cabang tersebut walaupun sudah layak sejak lebih 10 tahun lalu.

Program training SEO pula berjaya melonjakkan website yang saya pada tangga teratas keyword-keyword berkaitan takaful terbaik, medical card, medical card takaful, medical card takaful terbaik dan sebagainya.

Jika buat carian di Google, Tuan-Puan akan jumpa keyword di atas pada laman pertama Google yang membawa ke website RahsiaTakaful.com.

Training NLP pula banyak saya aplikasi dalam training, komunikasi, presentation, penulisan. Ia masih baru 3 tahun lebih saya belajar dan banyak yang belum saya apply.

Manakala training Bussines & Keyman Insurance / Takaful tak dapat saya habiskan sepenuhnya kerana bertembung dengan panggilan haji pada tahun yang sama.

Seingat saya itu sahaja program-program berbayar dengan kos melebihi RM1,000. Program lain kebanyakan saya hadir dengan kos kurang daripada itu atau percuma. Ada banyak juga program itu yang nilainya sebenarnya lebih daripada RM1,000.

Berikut antaranya:

1. Training penulisan oleh Puan Ainon Mohd ketika beliau baru tubuhkan PTS, yang dianjurkan secara PERCUMA. Memang sangat berbaloi-baloi dan berkali-kali saya datang setiap kali dianjurkan.

Ilmu penulisan beliau saya gunakan hingga kini, walaupun belum terbit buku bersama PTS lagi. Nilainya, pernah ada pihak anjurkan dan memanggil beliau dengan yuran peserta melebihi RM1,000. Saya bertuah dapat hadir banyak kali tanpa keluar sesen pun duit untuk kaut ilmu mahal beliau.

2. Training dan coaching kewangan dan saham oleh Tuan Suzardi Maulan. Beliau lagi awal mengambil IFP berbanding saya dan saya banyak belajar daripada beliau biarpun lebuh muda. Saya hadir masa awal-awal beliau anjurkan suatu ketika dahulu.

3. Training IMKK oleh Encik Azizan Osman. Saya tahu beliau tokoh kontraversi dgn PhD palsu. Sebab itu saya tak letakkan gelaran Dr. Namun saya harus berlaku jujur kerana banyak ilmu bisnes dan marketing saya pelajari.

Yuran IMKK, ada yang sampai RM5 – RM6K lebih bagi seat depan tapi saya hadir dengan tiket general dan duduk di seat belakang dgn kos yang minima sebab saya fokus apa yang saya nak. Saya langsung tak ikut sangat ketika peserta duk menyanyi, menjerit, berjoget, melompat, berdiri atas kerusi, menangis, berlari berebut tiket kerana saya tahu aktiviti-aktiviti fizikal itu untuk merangsang keteeujaan untuk membeli tiket program yang dia upsell.

Saya hadir untuk belajar dan saya fokus kepada itu tanpa terpengaruh dengan promosi kelas upsell. Kalau saya menjerit, menyanyi dan berjoget tu utk melepaskan lelah. Program pada 3 hari 2 malam dengan ilmu.

4. Training ilmu hartanah lelong oleh Tuan Shafie Bustan. Yuran tak sampai seratus dan siap dapat buku lagi masa tu. Kebetulan sekarang beliau tengah promo ebook Rumah Lelong, boleh dapatkan segera sebelum naik harga

5. Training saham Wyckoff oleh Alwi Adam. Sebenarnya yurannya lebih RM1k tapi saya dapat special. Memang berasap kepala otak kalau hadir. Yuran sekali tapi boleh hadir banyak kali. Kalau nak hadir utk test dulu, saya cadangkan untuk hadir kelas asas Smart Saham yang beliau anjurkan.

6. Training public speaking yang dianjurkan oleh bekas Head Trainer di Takaful IKHLAS, En Hamidon. Ilmu pengucapan awam yang dikendalikan saya masih apply sampai sekarang biarpun dah lebih 10 tahun hadiri.

7. Training belajar hartanah oleh seorang guru dan juga sahabat yang tidak mahu dikenali. Memang beliau suka beli dan kumpul rumah lelong. Dia buat sekali dua sahaja training dan tak mahu dikenali.

8. Coaching pelaburan dan saham oleh seorang guru saham yang juga sahabat dan beliau tak mahu dikenali. Beliau antara pertama yang ajar saya pasal saham dulu dan siap ada group wassap khas bincang pasal saham hingga sekarang.

9. New Generation Agent (NGA) yang saya hadiri pada tahun 2010 ketika menjadi ejen takaful, & New Generation Leaders (NGL) yang saya hadiri pada 2021 ketika saya sebagai Group Agency Manager (GAM), yang dikendalikan oleh Sir Iqbal, anjuran Takaful IKHLAS.

Sebenarnya banyak lagi training lain yang saya hadir tapi ingat-ingat lupa. Mungkin sebab saya tak apply bukan sebab ia tak bagus. Satu lagi mungkin sebab ia murah jadi saya pun tak ingat. Betul kata orang, benda percuma dan murah orang tak hargai. Saya insaf perkara itu.

Belajar dari Ebook

Sebenarnya saya banyak juga belajar daripada buku dan ebook malah sekarang ada banyak pilihan belajar melalui audio atau video book.

Secara personal, saya lebih suka baca buku, ebook, audio book, video book berbanding hadir seminar, training, kursus atau coaching, sebab.

1. Masa yang lebih fleksibel, kalau seminar kena ikut waktu trainer.

2. Boleh ulang balik kalau tak faham, seminar tak boleh.

3. Boleh baca di mana sahaja. Kalau yang jenis audio dan video, boleh belajar sambil buat kerja lain, sambil memasak, sambil drive malah sambil buang air. Hahaha

Paling penting, kos beli buku, ebook, video / audio book jauh lebih murah berbanding hadir seminar.

Kalau datang pejabat saya, boleh tengok dan baca (tapi tak boleh pinjam) buku-buku motivasi, kewangan, bisnes yang dikumpul sejak hampir 20 tahun dalam industri daripada pelbagai penulis seperti Dato Rusly AbdollahAzizi Ali Mentor WangSunthara SegarShamsuddin KadirRohani ShahirFaizul RidzuanRohaniah Noor, Robert Kiyosaki, Adam Khoo, Renesial Leong dan ramai lagi.

Nama-nama di atas adalah antara penulis yang buku mereka saya dah beli, baca dan saya berani rekomen kepada orang lain. Berikut 3 buku yang saya banyak mengubah hidup saya.

1. Rich Dad Poor Dad, tulisan Robert Kiyosaki.

2. Self Made Millioaire, oleh Adam Khoo

3. Atomic Habits, oleh James Clear.

Kalau nak hadiri mana-mana training berbayar, tak kira mahal atau murah, ini antara yang lakukan dan boleh cadangkan kepada kawan-kawan.

1. Semak latar belakang trainer. Adakah beliau mempunyai kredibiliti dalam bidang yang diperkatakan.

2. Dapatkan testimoni daripada bekas peserta. Bukan testimoni yang disediakan oleh pihak penganjur semata. Dapatkan pandangan kedua.

3. Bandingkan yuran dan modul sama yang ada di pasaran.

4. Kalau ada yang jenis upsell, jangan terus terpengaruh masa program basic. Buat due dilgence.

5. Buat kajian rapi sebelum keluar duit. Istikharah lebih baik jika melibatkan nilai yang besar. Takkan menyesal orang yang membuat istikharah.

Yang murah tak semestinya cikai, yang mahal tak semestinya berkualiti. Yang popular tak semestinya lebih bagus berbanding yang kurang popular.

Prinsip ini terpakai dalam semua perkara termasuk invest unit trust, langgan takaful, beli makanan, beli baju, beli perabot dan sebagainya.

Ia juga tak menafikan bahawa ada yang mahal dan berkualiti. Ada yang pupular dengan organik melalui refferal dan rekomendasi. Ada juga yang popular dengan cara marketing dan iklan berbayar.

Ada beberapa program yang kecoh diperkatakan dan saya tak berani berikan komen sebab saya tak pernah hadir.

Selalunya kecoh ada 2 sebab. Satu sebab marketing yang hype. Dua, sebab ada peserta berkongsi pengelaman. Jika pengalaman tu negatif, selalunya lebih cepat viral. Jika pengalaman positif, ia jarang viral melainkan guna marketing berbayar.

Ada juga satu dua training yang viral cerita negatif, saya turut menerima cerita pengalaman positif daripada peserta lain.

Memandangkan saya tak hadir pun program-program itu, adalah tak adil untuk saya berikan pandangan spesifik.

Lebih 10 tahun saya buat training daripada dari bilik kuliah universiti untuk mahasiswa hingga kini kepada pelanggan-pelanggan korporat, Alhamdullilah tak kedengaran lagi cerita negatif yang viral. Allah tutup aib saya. Sebenarnya yang positif pun tak berapa nak viral. Hahah!

Atau sebab ia murah, sampai peserta tak puas hati pun tak berbaloi nak rasa rugi?

Agak-agak kalau saya buat program dengan yuran mahal, ada orang hadir tak? Hahaha.

Yang murah tu ada di sini eSeminarBMW

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM29 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM29 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila sebut MLM, tentu ramai yang skeptikal. Puncanya apabila ramai…