Perlukah tutup polisi lama dan ambil polisi yang baru?
Dipetik dari FB INFAQ Consultancy
“Saya dah ada sijil takaful. Tapi, agent pon entah ke mana entah. Rasa macam pelan yang ada hari ini lebih berbaloi la daripada pelan yang saya ada. Saya nak tutup la sijil takaful yang sekarang ni, dan nak ambil takaful dengan awak la alif.”
=====================================
STOP!! KALAU ANDA JUGA MACAM NI, BERHENTI DAHULU. JANGAN TERBURU-BURU.
=====================================
1. Walaupun anda sudah memiliki pelan takaful dan merasakan pelan sedia ada tidak memberi perlindungan yang mencukupi, anda tidak perlu sampai untuk menutup pelan yang lama. Apa yang anda perlu buat adalah ‘policy review’ dan kemudian hanya top-up mana-mana bahagian perlindungan yang tak mencukupi dengan pelan takaful yang baru.
Saya boleh buatkan policy review secara percuma sahaja untuk anda.
2. Anda perlu tahu tentang beberapa tempoh penting yang ada dalam mana-mana sijil takaful/polisi insurans iaitu “waiting period” dan “contestable period”. Apabila anda menyertai pelan takaful yang baru, ia tertakluk kepada 2 tempoh penting di atas. Sekiranya terjadi sesuatu dalam tempoh-tempoh tersebut, tuntutan anda mungkin tidak diluluskan mengikut terma & syaratnya.
Jadi sekiranya terjadi sesuatu setelah anda menukar polisi lama kepada yang baru, anda mungkin sahaja mengalami kerugian. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
3. Sekiranya anda pernah membuat tuntutan dengan polisi sedia ada, jangan tutup polisi yang ada sekarang untuk buka polisi yang baru. Setiap tuntutan yang lalu akan diambil kira oleh pihak takaful/insurans. Kemungkinan besar permohonan akan ditolak. Kemungkinan juga akan ada exclusion pada manfaat pampasan yang pernah dituntut atau exclusion pada penyakit tersebut. Dan besar kemungkinan, nilai sumbangan/caruman akan menjadi lebih tinggi sekiranya permohanan diterima.
Jadi, jangan tutup yang sedia ada sekarang kerana polisi lama masih melindungi. Cuma top-up bahagian yang dirasakan kurang. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
4. “Saya nak tutup juga, sebab agent saya ni dah tak serve saya”
Sekalipun agent lama sudah tidak ‘serve’ anda, pihak syarikat akan letakkan anda di bawah seliaan agent lain ataupun di bawah seliaan agency tersebut, ataupun direct terus dengan syarikat. Jadi jangan risau. Seperti mana-mana syarikat atau industry lain, pekerja ‘datang dan pergi’. Jadi anda boleh sahaja kontak syarikat takaful anda untuk mendapatkan kepastian.
5. “Saya nak tutup juga, tak kira. Inflasi tinggi, opr naik, harga barang naik, kos keperluan naik, badan saya ni pon naik, gaji saya tak naik-naik. Bajet semakin ‘tight’, saya rasa saya perlu tutup polisi takaful saya.”
Waduhh, gawat ni. Untuk perkara macam ni, nasihat saya ialah bertenang, ambil pen dan kertas. Bahagi dua kertas tu (side by side) dan gariskan. Kemudian cuba senaraikan semua perbelanjaan anda di satu bahagian dan kemudian senaraikan semua pendapatan anda di satu bahagian. Semak kesihatan aliran tunai anda. Sudah?
Sekarang ambil sehelai lagi kertas, bahagi dua dan gariskan. Kali ini senaraikan semua hutang-piutang yang anda ada di satu bahagian, kemudian senaraikan semua aset/harta/simpanan/pelaburan yang anda ada. Semak kesihatan nilai aset anda. Sudah?
Sudah senarai dan maklum tentang kesihatan kewangan anda, baru lah buat keputusan mana yang perlu ‘dihapuskan’ terlebih dahulu. Hapuskanlah segala ‘hutang jahat’ anda dan bukan ‘pelan perlindungan pendapatan’ anda.
Tak boleh juga?! Tambah pendapatan anda. Mari bersama kami perjuangkan kesedaran takaful di kalangan masyarakat dan juga tambah pendapatan anda.
Walaubagaimanapun, samada anda menukar polisi/menghentikan polisi/menambah polisi, semua itu adalah hak mutlak diri anda sebagai pelanggan/peserta. Namun, buatlah tindakan yang bijak dan rasional, usah terburu-buru.
“Ehhh, bukan ke nanti awak yang untung kalau saya tutup yang lama dan ambil yang baru dengan awak? Tak nak untung ke?”
Owhh, saya ‘greedy’ sikit. Saya nak untung dunia dan akhirat. So, mari saya review polisi anda, boleh?
Kredit: Alif Ahmed
INFAQ Consultancy
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran