fbpx

Pernah Merancang Untuk Hasilkan Buku Fizikal

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 246Words
  • 358Views

Tahukah anda, buku Bijak Merancang Wang pernah dirancang untuk diterbitkan secara fizikal dan sepatutnya dilancarkan ketika PBAKL?

Siapa yang follow saya, akan perasan perkara ini. Beberapa kali saya update ke FB sebagai teaser.

Gambar-gambar ini ialah sebahagian manuskrip yang hampir dicetak.

Untuk makluman, projek buku fizikal BMW sebenarnya telah dirancang kira-kira 10 tahun lalu. Banyak kali dah manuskrip dikemaskinikan dan pernah dihantar kpd penerbit dan ditolak. Ada juga yang layan acuh tak acuh, jadi saya tak teruskan.

Untuk terbitkan sendiri, saya tak berani ambil risiko. Bukan risiko wang, tapi risiko pengurusan. Bukan senang nak menguruskan dari terbit, cetak hingga ke jualan, pengedaran, kutipan dan sebagainya.

Atas dasar itu, saya lebih utamakan untuk hantar kepada penerbit. Selepas sekian lama, akhirnya dapat juga.

“Nyaris” terbit sewaktu PBAKL baru-baru ini selepas sebuah penerbit besar yang sudi terima manuskrip ini, tapi tergendala akibat MCO. Publisher tangguhkan penerbitan ke tarikh yang belum diketahui.

Rupa-rupanya perancangan Allah lagi baik. Ketika MCO, sebahagian manuskrip diupgrade dan ditambah content video, ebook baru, e-workbook dan dipakejkan dalam #eSeminarBMW.

Apapun, manuskrip penuh buku BMW masih dalam simpanan untuk “reserve” andai terbit buku fizikal supaya ada kelainan dan value tersendiri berbanding e-learning.

Sementara nak siap buku fizikal yang tak tau bila, boleh dapatkan dulu versi e-learning di eSeminarBMW Ia bukan sekadar ebook.

Andai siap nanti buku fizikal, ia semestinya berbeza dengan e-learning.

#eSeminarBMW adalah buku fizikal BMW yang tersakiti 😁

Followers lama, perasan tak perkara ni?

Doakan, teman-teman.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebab zaman dia tak ada #eSeminarBMW www.SeminarBMW.com Hoho! Dipetik dari FB Hamka…