fbpx

Persediaan menghadapi hyper-inflation, sesuai ke tukar cash kepada emas?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 411Words
  • 880Views

“Afyan, tahun depan dijangka hyper-inflation, sesuai ke tukar cash kepada emas, sekarang?”

Jika beli emas untuk tujuan menghadapi hyper-inflation dan kegawatan ekonomi yang diamalkan berlaku SETAHUN DUA yang akan datang, ia tak sesuai.

1. Harga boleh jadi naik, boleh jadi turun dalam masa SETAHUN DUA ni.

2. Masa kita nak gunakan SETAHUN DUA nanti, belum tentu ia lebih tinggi daripada harga kita beli sekarang.

3. Jika harga emas naik pun dalam masa SETAHUN DUA nanti, kena kira juga kos spread emas. Spread emas untuk gold bar adalah 8%. Jika barang kemas 20% ke 40%.

Bermakna, jika harga naik mencanak dalam masa SETAHUN DUA baru berbaloi untuk kita beli sekarang dan digunakan ketika itu selepas tolak kos spread.

Contohnya kalau harga emas naik 20% dan spread 10%, untung bersih hanya 8%. Faham tak? Kalau tak. Faham, saya bagi contoh simulasi perkiraan berikut.

Andaikan kita beli emas RM1000 sekarang, nak jual balik dekat kedai atau syarikat, takkan terima harga RM1000. Jika 10% spread, harga jual tu jadi RM900. Jadi kita lost 10% jika pagi beli dan petang jual balik.

Kemudian, andaikan emas kita beli tersebut, pada 2 tahun akan datang naik 20% jadi RM1,200. Ketika itu berlaku hyper-inflation dan kita nak jual balik.

Syarikat atau kedai takkan beli dengan harga RM1,200. Mereka akan tolak spread 10% tadi menjadikan harga jualan kita RM 1,080. Keuntungan bersih hanyalah 8% sahaja, bukan lagi 20%

Itu simulasi jika spread 10%. Jika spread tinggi, maka akan jadi lebih rendah.

Itu jika naik 20%, jika tak sampai 20%, maka akan jadi lebih rendah daripada itu.

Apatah lagi jika harga tak naik atau menurun.

Tapi berita buruknya, kita tak ada mesin masa yang dapat tengok apa berlaku SETAHUN DUA akan datang.

Adakah saya maksudkan beli emas tidak bagus? Saya tidak mengatakan demikian. Saya hanya memberi penjelasan yang kadangkala tidak diceritakan oleh ejen dan penjual emas.

Membeli emas sama dengan membeli apa sahaja aset-aset pelaburan lain speeri saham, unit trust, kripto, hartanah dan seumpamanya. Ada kos dan risiko tersendiri. Perlu ada strategi untuk exit. Jika beli sekarang, dan berhasrat untuk exit dalam masa SETAHUN DUA, ia belum tentu menguntungkan.

Tapi jika beli emas untuk simpanan JANGKA PANJANG untuk menyimpan nilai dan pelaburan, sangat-sangat digalakkan. Lagipun harga emas tengah menurun sekarang ni.

Atau emas yang sudah dbeli lama sebelum ini, sesuai untuk digunakan jika berlaku hyper-inflation SETAHUN DUA lagi.

Atau kalau nak beli emas juga SEKARANG untuk digunakan ketika hyper-inflation SETAHUN DUA lagi, pastikan beli yang rendah spread dan sediakan juga back up aset tunai lain sekiranya plan tak menjadi.

Wallahua’lam

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebelum ini geng-geng forex selalu menggunakan hujah forex halal di…