fbpx

Pilih Kawan-kawan Kita

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 351Words
  • 456Views

Tulisan ini dipetik dari FB Tuan Hannan Shawalludin berkenaan soal memilih kawan untuk berjaya.

Bila aku baca buku Millionaire Mind oleh T Harv Eker, ada beberapa benda yang aku rasa berkait rapat dengan hadis Nabi s.a.w bila sampai bab memilih kawan.
.
Nabi pesan, orang yang kawan dengan orang jual minyak wangi, dia akan dapat tempias bau wangi. Berbeza la kalau berkawan dengan tukang besi, kita akan terlekat bau besi.
.
Selalu aku fikir, benda ni hanya berkait dengan soal akhlak.
.
Yelah, kalau kau tak nak anak-anak kau jadi jahat, kau tak nak la diorang berkawan dengan budak ntah apa-apa. Simple kan?
.
“Tapi siapa yang nak ‘sekolah’kan budak-budak nakal dan ntah apa-apa tu?”
.
Jap weh. Aku faham pasal dakwah ni, kita tak boleh memilih sesiapa. Tapi kita perlu jujur juga. Kalau anak kita memang penuh iman dan ilmu di dada, biarlah dia kawan dengan sesiapa pun. Kita pun tak risau sebab dia akan jadi ketua kepada kawan-kawan dia yang ntah apa-apa. Tapi kalau sebaliknya? Anak kita pulak jadi lembu ditarik hidung. Bahaya!
.
Kata T. H. Eker dalam buku dia,
.
“Orang kaya dan berjaya sentiasa menghubungkan diri dia dengan orang kaya yang yang lain. Manakala orang miskin dan gagal sentiasa menghubungkan diri dia dengan golongan yang sama,”
.
Maksud penulis, kalau kau miskin tapi nak jadi kaya, bukanlah kau putus kawan dengan kawan kau yang miskin, tapi berkawanlah dengan orang kaya yang berjaya kerana perkataan mereka itu sentiasa positif, mereka berdisiplin, kerja keras, visi dan misi hidup mereka besar.
.
Dengan cara itu, kau dapat la tumpang bau minyak wangi mereka dan teringin pula jadi penjual minyak wangi. Seterusnya kau tahu macam mana nak berniaga minyak wangi, mana nak cari supplier, cara berniaga yang betul dan sebagainya.
.
Kau faham ke faham?
.
Ringkas aku nak cerita, kalau kau tengok ada kawan yang lebih berjaya dalam hidup dia, kau PM la dia, ajak jumpa, ajak sembang. Tak rugi pun kan? Jangan pula kau join membawang dia dengan kawan-kawan lain sebab dengki. Memang kau tak kemana la beb.
.
Hannan Shawalludin,
Perunding,
INFAQ Consultancy

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Lebih baik bergerak sendiri daripada bergerak dalam kumpulan tanpa arah…