fbpx

Pinjam Along Untuk Bayar Along

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 157Words
  • 401Views

Di petik dari FB Shahirla Azmin Kadir

Pagi ni keratan di akhbar harian metro, terbaca tajuk sanggup pinjam along untuk bayar along.

Kalau kita buat carian di google kan tentang cerita along ni, banyak betul cerita-cerita seram berkait along ni. Bikin takut.

Risiko tu kan bukan kepada peminjam sahaja. Risiko keselamatan keluarga pun masuk sekali. Nahhh…

1) Meminjam di bank ada terma dan syarat serta kadar faedah yang jelas.

Berbeza di along, terma dan syaratnya boleh jadi tidak jelas menyebabkan kadar faedah yang sangat tinggi dan tidak berkesudahan.

2) Lepas tu kan, dokumen penting seperti kad pengenalan atau kad bank memang di ambil.

Keselamatan maklumat peribadi kita terdedah. Boleh sahaja di gunakan kepada perkara yang menyalahi undang-undang.

Seperti peminjam boleh terdedah dengan ‘keldai akaun’.

3) Paling menakutkan tu, gangguan mental & fizikal. Gangguan fizikal kepada isteri dan anak-anak.

Walaupun isteri dan anak-anak tidak tahu menahu, mereka tetap terdedah dengan ganguan.

#ibucelikwang

INFAQ CONSULTANCY

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad Hampir setahun bekerja, saya…