fbpx

PMR, Aliran Agama dan Kualiti Ustaz

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 275Words
  • 287Views

Ketika artikel ini ditulis, keputusan PMR baru sahaja diumumkan beberapa hari.

Di zaman saya, budak-budak yang dapat banyak A, terutama 7A, 8A dan 9A akan digalakkan masuk ke kelas aliran sains.

Manakala bagi pelajar-pelajar yang kurang jumlah A-nya, maka perlu masuk ke aliran sastera, atau aliran agama.

Menjadikan, kelas-kelas aliran sastera, dan aliran agama menjadi kelas aliran “kelas ke-2”.

Jarang-jarang-jarang-jarang, pelajar-pelajar yang cemerlang masuk ke kelas aliran agama atau aliran sastera.

Saya melihat satu senario yang berlaku, terutama dari aspek kualiti produk aliran agama 20 tahun selepas itu, yakni sekarang.

Mereka yang memasuki kelas aliran agama adalah kerana keputusan PMR tidak cemerlang dan tiada pilihan selain sastera. Kemudian, mereka inilah yang akan menyambung ke pengajian agama dan kemudia apabila graduan menjadi ustaz.

Mereka bukan memilih untuk menjadi “ustaz”, tapi “terpaksa” menjadi ustaz.

Jika diikutkan, pada zaman pra-kemerdekaan, golongan ustaz inilah yang menjadi ulama yang membentuk gerakan dan menaikkan semangat rakyat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Berbeza hari ini, tidak ramai ustaz yang layak dipanggil ulama, kemungkinan ia adalah hasil sistem pendidikan negara (dan mungkin ia disengajakan).

Saya sendiri termasuk dalam golongan yang berada di dalam aliran agama pasca PMR dahulu, dan sekarang (mujurlah) tidak menjadi ustaz.

Kesannya hari ini, lahirlah segelintir golongan ustaz yang menjaja hadith-hadith palsu, mempelopori air celupan anai-anai atas nama agama, rumah banglo mahal yang murah atas nama agama, menjual produk atas nama agama, dan lain-lain lagi. Masih ramai ustaz yang berkualiti, namun kes-kes tadi bukan kes terpencil malah menjadi bahan ketawa dan Islam terkena tempiasnya.

Islam dipandang lekeh disebabkan seekor dua kerbau yang membawa lumpur tadi, atas nama agama.

Sekadar pandangan daripada bekas pelajar PMR 1995, yang memasuki kelas aliran agama.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sara fikir, Kerajaan Malaysia perlu menubuhkan sebuah makmal untuk mengkaji…