fbpx

Polisi Takaful Kasih Sayang / Loving Copule Policy Takaful

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 171Words
  • 387Views

 

 

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami memiliki polisi isteri dan isteri memiliki polisi suami.

Dengan kata lain;

Polisi A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai peserta, dan

Polisi B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai peserta.

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.

Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama atau hibah kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah meninggal dunia tadi. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

(Gambar sekadar hiasan)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
SISTEM KEWANGAN ISLAM : 30 TAHUN 30 tahun dahulu, ketika…