fbpx

Polisi Takaful Sampai Umur 100 Tahun?

  • 6 years ago
  • 6Minutes
  • 1108Words
  • 931Views

Saya terbaca beberapa posting daripada segelintir ejen-ejen takaful dari sebuah kompeni yg mempersoalkan tentang polisi takaful yg sampai 100.

Soal mereka “Betul ke polisi boleh sampai 100 tahun?”. Selalunya mereka akan mengaitkan dengan isu “insufficient fund”.

Ia persoalan yg valid. Saya tidak hairan jika ada ejen takaful yg mempersoalkan perkara ini. Tidak dapat dinafikan, ada segelintir ejen yg mempromosi polisi takaful yang sampai umur 100 tahun dgn cara yg tidak berapa tepat.

Soalan yg diajukan ialah:

1) Benarkan ada polisi yg boleh cover sampai umur 100 tahun?
2) Adakah bayaran polisi ini kekal sampai umur 100 tahun?

Soalan tambahan:
3) Perlukah manfaat polisi takaful sehingga umur 100 tahun?

Jadi tulisan ini utk memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Kita pergi satu persatu soalan yg dikemukakan

1) Benarkah ada polisi yg boleh cover sampai umur 100 tahun?

Saya mengambil sampel dari produk Takaful IKHLAS, Produk IKHLAS Secure-Link Takaful.

Rujuk gambar pertama

Produk ini memberikan coverage kepada peserta sehingga umur 100 bagi manfaat:
– Kematian
– Sakit Kritikal
– Medical Card
– Sakit Kritikal Komprehensif
– Manfaat waiver

Jadi, bagi soalan ” benarkah ada polisi yg boleh cover sampai umur 100 tahun”, maka jawapannya tanpa ragu ialah “YA, ADA POLISI YG BOLEH COVER SAMPAI UMUR 100 TAHUN DI TAKAFUL IKHLAS”

Kita pergi ke soalan ke-2

2) Adakah bayaran polisi ini kekal sampai umur 100 tahun?

Rujuk gambar kedua, yg diambil juga dari produk yg sama.

Ia tercatat dgn huruf besar.

“YOUR TABARRU’ CHARGES WILL INCREASE AS YOU GET OLDER.

IN THE LATER YEARS, IT IS POSSIBLE THAT THE ACCUMULATED FUND VALUE IS NOT ENOUGH TO PAY FOR YOUR TABARRU’ CHARGES DUE TO POOR INVESTMENT RETURNS, WHICH WILL RESULT IN YOUR CERTIFICATE BEING CANCELLED.

YOU MAY NEED TO INCREASE YOUR CONTRIBUTIONS OR REDUCE THE LEVEL OF TAKAFUL PROTECTION, IF YOU WANT TO MAINTAIN YOUR CERTIFICATE. *”

Atau dalam bahasa Melayu ia diterjemahkan;

“CAJ TABARRU’ ANDA AKAN BERTAMBAH APABILA USIA ANDA MENINGKAT.

DALAM TAHUN-TAHUN SETERUSNYA, ADA KEMUNGKINAN NILAI DANA YANG TERKUMPUL TIDAK MENCUKUPI BAGI MEMBAYAR CAJ TABARRU’ ANDA YANG DISEBABKAN OLEH PULANGAN PELABURAN YANG LEMAH, LALU MENYEBABKAN SIJIL TAKAFUL ANDA DIBATALKAN.

ANDA MUNGKIN PERLU MENINGKATKAN SUMBANGAN TAKAFUL ATAU MENGURANGKAN TAHAP PERLINDUNGAN TAKAFUL, JIKA MAHU MENGEKALKAN SIJIL TAKAFUL.”

Ia bermaksud, CAJ TABARRUK utk polisi takaful ini akan meningkat seiring usia.

Apabila caj tabarruk meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada SUMBANGAN atau CARUMAN POLISI ini.

Bagi polisi ini, ia dalam kategori Investment-Link Unit Deducting Rider, ia mempunyai CASH VALUE. Istilah CASH VALUE ini selalu digunakan oleh ejen sebagai saving atau simpanan, bagi saya tidak tepat.

Istilah SAVING atau SIMPANAN akan memberi pemahaman berbeza kepada pelanggan. Istilah CASH VALUE lebih tepat.

Berbalik kepada isu tadi, apabila CAJ TABARRUK MENINGKAT, maka CASH VALUE akan berkurangan kerana digunakan utk menampung kenaikan tersebut.

Jumlah cash value bergantung kepada 2 faktor:

1. Kadar pulangan pelaburan syarikat tidak memberangsangkan
2. Bayaran sumbangan oleh peserta tidak mencukupi, ada “short-payment” dlm tempoh polisi

Sehingga satu tahap, ada kebarangkalian terjadi apabila CASH VALUE TIDAK MENCUKUPI maka ada kemungkinan polisi takaful akan terbatal.

Rujuk gambar 3, ada jadual ringkasan manfaat polisi dan unjuran cash value.

Diunjurkan, seawal 25 tahun polisi (umur peserta 55 tahun), ada kemungkinan cash value tidak mencukupi. Ia juga tidak mustahil berlaku lebih awal.

Habis? Polisi akan terbatal!

Jangan risau, ada cara utk memastikan polisi takaful anda tidak terbatal dan kekal sampai umur 100:

1. Mengurangkan manfaat polisi. Apabila manfaat polisi dikurangkan, maka caj tabarruk tadi akan berkurangan, atau
2. Jika ingin mengekalkan manfaat polisi, peserta hanya peru membayar sumbangan yg lebih berbanding sebelum.

Jadi, utk menjawab soalan ke-2; “Adakah bayaran polisi takaful kekal sampai umur 100 tahun”, maka jawapannya;

“TIADA JAMINAN utk perkara itu. Ada kebarangkalian utk ia meningkat”

Soalan tambahan:

3) Perlukah coverage sampai umur 100 tahun?

Soalan itu agak subjektif. Kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah.

Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat saban tahun.

Rujuk laporan Astro AWANI di http://www.astroawani.com/…/jangka-hayat-rakyat-malaysia-se…

Rujuk gambar ke-4, jangka hayat rakyat Malaysia sekarang ialah 70 ke 75 tahun dan ia akan meningkat sehingga 75 ke 80 tahun pada tahun 2025.

Malah, usia persaraan di Malaysia pun ditingkatkan beberapa kali sejak 2001. Kini usia persaraan di Malaysia ialah 60 tahun. Rujuk gambar ke-5

Selain tu, CEUPACS juga sedang mendesak kerajaan supaya meningkatkan usia persaraan kepada 65 tahun.

Berdasarkan fakta-fakta ini, persediaan utk menghadapi hari tua adalah sangat kritikal.

Jadi, jika ada polisi yg boleh berikan manfaat sehingga usia 100 tahun, kenapakah tidak dilanggan dari sekarang?

Cuba bayangkan polisi anda hanya sehingga 60 tahun atau hingga 70 / 80 tahun?

Apa akan jadi sekiranya anda ditakdirkan masih hidup pada usia 70-80 tahun dan polisi takaful anda sudah pun matang?

Selepas usia itu, sudah tentu tahap kesihatan kita tidak lagi sebaik hari ini.

Dan jika pada usia itu baru berhasrat utk mengambil polisi baru utk menggantikan polisi lama yg sudah tamat, ia amat sukar utk dilaksanakan sekalipun anda mampu bayar RM10,000 sebulan.

Polisi takaful dibayar bukan sekadar dengan wang ringgit. Ia dibayar juga dengan 2 perkara lagi;

1) KESIHATAN anda. Jika anda sudah mempunyai penyakit, permohonan takaful anda ada kemungkinan ditolak, bergantung kepada tahap kesihatan anda.

2) UMUR anda. Makin berusia, makin tinggi caruman dan caj tabarruk. Dan ada umur maksima utk seseorang melanggan polisi, selalunya umur 60 ke 70 tahun.

Jadi, jika anda sekarang masih sihat dan belum mencapai usia 60tahun, boleh semak balik polisi takaful yg anda langgan sebelum ini.

Adakah polisi anda sampai mampu memberi manfaat di saat anda perlukan di usia emas nanti?

Cuba bandingkan 2 situasi:

SITUASI 1)
Polisi dgn tempoh matang sehingga 80 tahun. Selepas umur 80, polisi tamat dan jika anda masih hidup tiada lagi polisi yg cover dan layak diambil.

SITUASI 2)
Polisi dgn tempoh matang hingga 100 tahun. Anda ada pilihan uk stop awal jika mahu. Jika mampu, boleh teruskan sampai umur 100.

Dalam kedua-dua pilihan di atas, manakah pilihan yg paling praktikal? Sudah tentu SITUASI 2 lebih praktikal dan lebih fleksibel.

Jika tempoh pendek, ia tidak boleh dipanjangkan. Tapi jika tempoh panjang, ia boleh dipendekkan. Nampak tak betapa fleksibel jika melanggan polisi dgn tempoh matang yg maksima hingga usia 100 tahun?

Kecuali jika anda memang berhasrat utk manfaat polisi sehingga usia 70 / 80 sahaja, maka anda tidak perlukan polisi dengan manfaat sehingga usia 100 tahun.

Mungkin ada yg berfikir anda akan sihat pada usia emas atau anak-anak akan menjaga anda jika anda jatuh sakit, sila baca laporan di bawah.

Berdasarakan The Edge Malaysia, tahun 2050 jumlah penduduk Malaysia yg berusia emas, sakit, tanpa anak dan miskin akan bertambah.

Rujuk http://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-2050-old-poor-sick…

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

Adakah anda bersedia?

BERMINAT untuk mengetahui lebih lanjut?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AMARAN: Tulisan kali ini agak panjang. Baca semua sekali sebelum…