Private Mandate DDNK Interpac

Private Mandate DDNK
Q: Eh, apa tu?
A: Ini adalah prestasi pulangan produk Private Mandate yang diuruskan oleh syarikat pelaburan Interpac atau Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, yang diketuai oleh DDNK.
Q: DDNK? Yang tagline “tak hensem takpe janji kaya”. Ingatkan scammer.
A: Bukan, beliau ialah pakar pelaburan dan juga CEO kepada syarikat Inter-Pacific Asset Management atau Interpac.
Q: Interpac? Macam pernah dengar.
A: Interpac ialah sebuah syarikat pelaburan yang berlesen, di bawah Berjaya Holding Group, Milik Tan Sri Vincent Tan. Tidak BMF. Hahahah
Q: Eh, patuh syariah tak ni?
A: Ofkoz la saya akan promote yang patuh syariah sahaja. Produk Private Mandate Interpac mempunyai pengesahan patuh syariah oleh Salihin Advisory. Ada juga produk yang tak patuh syariah, tapi saya tak promote la.
Q: Apa nama pelaburan ni? Unit trust ke?
A: Ia bukan unit trust. Ia adalah Private Mandate. Nampak sama macam unit trust tapi berbeza sangat.
Q: Apa beza dengan unit trust?
A: Unit trust ialah produk “ready made”, tapi yang ini ialah “tailor made”. Jika unit trust, produk dah siap dipakejkan oleh fund manager dan pelabur membeli unit, tapi Private Mandate ialah wang pelaburan diuruskan oleh pengurus dana yang kita berikan mandat. Pelabur boleh berkomunikasi dengan pengurus pelaburan untuk pelaburan yang dia mahukan.
Q: Ish… Tak berapa faham la.
A: Analogi mudah macam ni. Unit trust ni macam kita beli baju yang dah siap jahit, manakala Private Mandate ni, kita jumpa dengan tukang jahit baju dan minta dia jahitkan baju kita.
Q: Ooooooo….
A: Heeeeeeee……
Q: Hmmmm… Pulangan 7% sebulan? Biar betul?
A: Betul, itu adalah rekod prestasi sepanjang 19 bulan lepas. 7.25% purata pulangan sebulan dan jumlah pulangan sebanyak 137.70% sepanjang 19 bulan.
Q: Akan datang? Ada jaminan?
A: Tiada jaminan untung. Ini adalah pelaburan yang mempunyai kos dan risiko tersendiri.
Q: Apa kos dan risikonya
A: Kos kemasukan akan dikenakan caj jualan 5% dan caj tahunan 1.5% management fees. Kemudian, setiap 6 bulan sekali akan ada profit sharing sebanyak 20% JIKA UNTUNG melebihi 20% daripada modal. Risiko yang ada ialah risiko turun naik pasaran saham.
Q: Oh, ada profit sharing? Kalau rugi?
A: SEMUA pelaburan akan ada potensi rugi. Dalam pelaburan ini, fund manager akan uruskan sebaiknya modal pelabur. Mereka akan gunakan sedaya upaya ilmu pengetahuan dan masa mereka untuk membuat penilaian saham-saham yang berkualiti.
Q: Ooooo. Berapa modal?
A: Modal tunai RM50,000 sahaja.
Q: Tingginya RM50,000. Ada yang modal lebih rendah?
A: Ada tapi bukan Private Mandate. Dana Safi Interpac, pulangan pun boleh tahan tahun lepas. Boleh mula dengan RM100 sahaja. Rujuk link di komen
Q: Boleh melalui KWSP?
A: Untuk Private Mandate Interpac ni hanya melakaui tunai sahaja. Tapi kalau KWSP saya boleh rekomen Private Mandate dengan Philip Capital.
Q: Phillip Capital?
A: Itu syarikat lain. Juga sebuah syarikat pelaburan yang sah. Ada produk Private Mandate yang boleh gunakan tunai dan KWSP.
Q: Apa beza produk Private Mandate Interpac dan Phillip?
A: Private Mandate Interpac dilaburkan ke pasaran saham Amerika manakah Phillip pula ke pasaran saham tempatan.
Q: Oooooooooooooooooooooooooooooo….
A: Hoho!
Q: Jadi macamana kalau saya nak invest?
A: Ehem, ehem. Dengan saya la. Saya sebagai Marketing Representative kedua-duanya. Rujuk link di sini
Q: Oooooooooo… Kalau nak jadi Marketing Representative boleh?
A: Mestilah boleh! Rujuk link di sini
Eniting’elssssss?
IKLAN SIKIT:
Belajar ilmu kewangan. Boleh dapatkan #bukuBMW yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:
-
- Aliran tunai
- Pengurusan aset dan hutang
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
- Penyucian
- Pewarisan
Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain.
Dapatkan di sini: BukuBMW

Berminat? Sila isi borang di bawah. Sama ada sebagai pelanggan atau sebagai MR.
- Berminat sebagai MR? Isi borang di sini
- Berminat sebagai pelabur? Isi borang di bawah.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran
