fbpx

Private Mandate VS Labur Sendiri

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 333Words
  • 340Views

Kos Private Mandate mahal? Ya, 5% itu lebih mahal berbanding melabur sendiri yang boleh dapat bawah 1%.

Private Mandate ada juga kos annual fees dan ada performance fees sekiranya untung. Mahal? Ya, memang mahal jika di banding dengan melabur sendiri ke pasaran saham.

Jadi, jika pandai melabur sendiri, silakan.

 

Bagaimana nak melabur sendiri?

Mula-mula buka akaun CDS. Kemudian, boleh mulakan dulu dengan RM1,000 untuk melabur sendiri.

Nak pilih kaunter mana. Kena belajar buat analisis. Nak belajar kat mana? Boleh masuk kelas. Ada macam-macam kelas saham sekarang. Tapi ofkoz la kena bayar.

Ada yang yuran beberapa ratus hingga ke beberapa ribu RM. Boleh pilih dan belajar sampai pandai.

Dijamin untung ke? Mana ada pelaburan yang dijamin keuntungan. Melabur sendiri tidak dijamin untung. Melabur melalui Private Mandate pun tak dijamin untung.

Melabur sendiri kena pilih kaunter sendiri, tambah pelaburan sendiri, lock profit sendiri, cut loss sendiri, rebalancing sendiri, buat untung sendiri, rugi pun sendiri-sendiri.

 

Jadi, anda memang tak sesuai untuk melabur melalui Private Mandate, sekiranya anda,

  1. Pandai melabur dan berdagang di pasaran saham sendiri.
  2.  Ada masa untuk melakukan aktiviti monitoring kaunter saham.

 

Private Mandate sesuai untuk anda yang

  1. Nak melabur saham tapi tak pandai.
  2. Pandai melabur, tapi tak ada masa.

 

Labur sendiri

Jadi, kos 5% dan kos-kos lain itu adalah untung menggantikan ilmu dan masa yang perlu anda luangkan sekiranya melabur sendiri.

Kalau nak jimat, melabur sendiri.

Kalau nak jimat lagi, jangan join kelas saham. Sebab datang kelas saham kena bayar yuran. Belajar sendiri-sendiri je.

Pilih kaunter sendiri, analisis sendiri, lock profit sendiri, cut loss sendiri, rebalancing sendiri, swap sendiri dsb sendiri.

Nak tau buat semua ni kena ada ilmu. Nak ilmu kena belajar.

Itu kos yang tak nampak apabila invest sendiri berbanding kos yang nampak apabila guna Private Mandate. Baca di sini

 

Artikel yang perlu di baca :

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kos Private Mandate mahal, lebih baik trade sendiri ". Ya,…