fbpx

Produk Manusecure 20 Adalah Produk Insurans Konvensional Yang Tidak Patuh Syariah

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 400Words
  • 396Views

Ada orang tanya saya tentang produk Manusecure 20.

Semakan saya mendapati ia adalah produk insurans konvensional yang tidak patuh syariah. Rujukan saya di sini

Umat Islam digalakkan dan digesa untuk menjauhi insurans konvensional kerana ia sudah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak tahun 80-an lagi, malah turut diharamkan secara ijmak oleh fatwa-fatwa di seluruh dunia Islam, sebagaimana haramnya forex trading.

Forex trading haram. Insurans konvensional haram. Perbankan konvensional pun haram.

Manulife Insurance Berhad adalah sebuah syarikat insurans konvensional. Jika ada mana-mana umat Islam yang menjadi ejen syarikat ini digalakkan dan digesa untuk berhijrah.

Rujuk senarai syarikat isnurnas konvensional: Klik di sini

Produk Manusecure 20 adalah produk insurans investment-link. Jika dana produk dilaburkan ke dana patuh syariah, ia tidak menjadikan produk insurans konvensional jadi patuh syariah. Ia sama macam tauke arak melaburkan wang jualan arak ke saham patuh syariah. Ia tidak menjadikan arak patuh syariah.

Walaupun syarikat takaful sudah banyak, masih ramai ejen-ejen insurans konvensional yang mempromosi produk insurans konvensional dan takaful serentak. Malah ada juga yang masih percaya bahawa insurans konvensional dan takaful sama sahaja, tiada beza.

Ejen-ejen sebeginilah yang merosakkan industri.

Apapun saya menginsafi bahawa dakwah takaful masih belum berjaya. Masih ramai yang terkeliru membezakan insurans konvensional dengan takaful.

Buat rakan-rakan dalam industri takaful, besar peranan kita untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana, bukan sekadar hanya mengejar bisnes semata.

Kejar bisnes tak salah, tapi biarlah tanggung jawab dakwah takaful dan muamalat Islam itu seiring.

Buat rakan-rakan ejen yang memasarkan kedua-dua insurans konvensional dan takaful serentak, berhijrahlah. Tidak ada lagi alasan untuk tidak berhijrah. Ada banyak kompeni takaful di Malaysia.

Bagi rakan-rakan pelanggan yang terpedaya dan baru mempunyai kesedaran, saya seru kalian turut berhijrah. Ada banyak pilihan produk takaful yang diperakui patuh syariah.

Cara paling mudah ialah tengok nama syarikat dan nama produk. Ada perkataan takaful atau insurans?

Ini adalah cara paling mudah untuk orang awam bezakan antara takaful dengan insurans konvensional.

Jika ada perkataan takaful, ia patuh syariah. Jika tiada perkataan takaful atau ada perkataan insurans / insurance, maka ia tidak patuh syariah.

Walaupun dipromosi oleh ejen yang berjanggut dan berkopiah.

Buat rakan-rakan yang membaca tulisan ini, mohon klik like dan share supaya dakwah ini sampai ke sasaran. Moga pahala buat kita semua yang menyampaikan dakwah ini.

Jangan gadaikan akhirat demi mengejar sebuah Musang. Kelak Mustang itu digunakan untuk memerangi Allah memujuk ke neraka.

Moga Allah rahmati kita semua.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika sebut tentang orang kaya, jutawan dan hartawan, apa yang…