fbpx

Program Live di Musim PKP

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 377Words
  • 262Views

Sepanjang sesi PKP kali ini, dua kali saya dijemput oleh persatuan mahasiswa untuk live bersama mereka.

Kali pertama bersama dengan Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) dan kali kedua bersama dengan persatuan mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dalam kedua-dua sesi BERKENAAN antara soalan yang paling popular ialah apa nasihat saya kepada mahasiswa dan juga kepada fresh GRADUATE.

Berikut adalah antara nasihat saya kepada mereka

1. Pertama sekali kena sedar hakikat zaman kini sudah berubah dan tak sama dengan 10, 20 tahun lepas.

2. Kena sedar sekarang majikan tidak lagi mencari pekerja, malah majikan membuang pekerja sedia ada. Jadi peluang untuk mendapatkan kerja sangat sangat sangat tipis.

3. Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah BUKAN lagi mencari kerja tapi mencipta pekerjaan.

4. Maknanya sekarang kalian perlu kreatif untuk tidak lagi bergantung kepada sekeping sijil bagi mencari kerja. Tapi perlu bergantung kepada kebijaksanaan dan keintelektualan yang kalian perolehi sepanjang pengajian di Menara Gading.

5. Buktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa hari ini bukan golongan yang lembek sebagaimana yang menjadi persepsi masyarakat sepanjang PKP ini.

6. Nak tak nak, kalian perlu memulakan bisnes sendiri. Bisnes sendiri tidak semestinya menggunakan modal yang besar. Malah ia boleh dimulakan dengan modal yang sangat minimum malah sifar modal wang.

7. Paling mudah ialah menyediakan bisnes dalam bentuk perkhidmatan. Ia tidak memerlukan modal wang, tapi memerlukan modal kemahiran dan intelek.

8. Boleh sahaja gunakan ke intelektual an kalian untuk mencipta pekerjaan sebagai tutor atau guru tuisyen kepada anak-anak jiran setaman dan sekampung, yang tidak pergi ke sekolah disebabkan oleh PKP.

9. Servis lain yang kalian boleh boleh tawarkan seperti kemahiran menulis design membina website menterjemah dan lain-lain

10. Selain itu, kemahiran yang paling penting untuk masa kini ialah kemahiran “menjual diri”. Bukan “menjual diri“ dengan maksud yang negatif. Tapi menjual diri bermaksud bijak memasarkan khidmatan yang ada pada diri sendiri kepada masyarakat di luar sana

11. Pesanan ini bukan sahaja untuk fresh graduate tetapi sangat sesuai untuk mahasiswa yang masih belajar dan belum menamatkan pelajaran untuk turut kreatif dalam menjual diri dan memasarkan perkhidmatan. Bukan tunggu dah graduate baru nak buat.

12. Paling mudah, jadi ejen affiliate #eSeminarBMW. Modal tak sampai seratus ringgit. Cari 2 pembeli dah balik modal. Dapat ilmu kewangan dan dapat tambah kewangan. Layari www.SeminarBMW.com

Kongsikan tulisan ini kapada rakan-rakan anda yang sesuai.

Afyan Mat Rawi
Maha-si tua.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini bukan sesi solat tahajud secara live, walaupun nampak gaya…