fbpx

PTPTN: Pengalaman peminjam dan kekecewaan

  • 2 months ago
  • 5Minutes
  • 943Words
  • 658Views

AKU, PTPTN DAN…

Ternampak posting PTPN ini, terimbau pengalaman beberapa kisah berkaitan hutang pendidikan.

KISAH PERTAMA

Dahulu saya belajar di universiti dengan berhutang PTPTN.

Masa tahun pertama, mohon PTPTN dan beberapa tajaan lain termasuk biasiswa & pinjaman kerajaan negeri, JPA dan yang lain-lain.

Tapi hanya PTPTN sahaja yang dapat. Selepas tamat belajar, dapat surat PTPTN untuk bayar balik dan ia sudah dijangka.

Bukti saya bayar total settlement PTPTN hujung tahun 2018, tahun yang sama kerajaan berubah selepas semua harapan musnah.

Yang tidak dijangka ialah dapat surat Jabatan Pendidikan Negeri melalui Yayasan Pendidikan Negeri untuk bayar balik hutang pendidikan. Terkejut bukan kepalang! Sebab tak pernah dapat pun.

Selepas dibuat semakan, rupa-rupanya permohonan bantuan pinjaman pendidikan kerajaan negeri yang pernah dimohon ketika tahun pertama diluluskan! Tapi secara senyap-senyap ia disimpan oleh perbendaharaan universiti dengan alasan saya sudah dapat PTPTN.

Kemudahan, pihak Yayasan Negeri tidak follow up saya lagi. Saya jangkakan mereka berhubung terus dengan universiti untuk menuntut hutang tersebut.

Sehingga sekarang saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Jika tahu dalam bantuan biasiswa kerajaan negeri, saya akan tolak hutang PTPTN.

Sebabnya, jika hutang dengan Yayasan Pendidikan Negeri, saya hanya perlu bayar balik amaun yang disimpan sahaja. Tapi jika dengan PTPTN, terpaksa bayar dengan kos caj perkhidmatan.

Rupa-rupanya, ramai sudah senior-senior mengalami perkara yang sama. Pihak universiti sengaja buat begitu supaya dapat menyimpan dana dalam kantung universiti dan menjana keuntungan seperti fix deposit.

Jika dalam kes ini saya adalah pihak yang dizalimi, saya tidak halalkan satu sen pun keuntungan yang pihak universiti dapat. Moga semua pihak yang terlibat memanipulasi kesusahan pelajar untuk meraih keuntungan itu, mendapat pengadilan yang setimpal terhadap.

Saya tak pasti sama ada ia masih berlaku lagi sekarang atau tidak. Jika ia berlaku, saya gesa para pelajar terlibat buat aduan ke mahkamah hingga ke menteri.

Kes saya sudah terlalu lambat apabila ada kesedaran sebegitu rupa.

KISAH KEDUA

Selepas grad, saya tidak bekerja makan gaji tetapi bekerja sendiri dalam pelbagai bidang sehingga akhir sekali dalam bidang kewangan dan takaful

Saya agak culas membayar hutang PTPTN sehingga nama saya disenarai hitamkan oleh imigresen.

Ketika itu, langsung saya tidak terfikir ia sesuatu yang membimbangkan sebab tak ada perancangan ke luar negara. Tambah pula marah sebab kes pertama tadi.

Ketika itu juga, ada cadangan dan manifesto Pakatan Rakyat akan mansuhkan PTPTN jika memerintah. Jadi, saya memang mengharap perkara itu terjadi. Haahaha!

Sehinggalah pada tahun 2011, saya dapat peluang ke luar negara secara percuma ke Sepanyol, mengubah perancangan saya.

Ketika itu berbelah bagi juga until ke luar negara dan bayar hutang PTPTN demi untuk keluarkan daripada senarai hitam mereka. Asalnya kena bayar keseluruhan tapi selepas rayuan dibuat, perlu bayar sebahagian sahaja dan buat ansuran bulanan.

Maka saya lakukannya dan dapatlah ke Sepanyol. Dan bermula pada tahun berkenaan, setiap tahun saya ke luar negara secara percuma, termasuk Bosnia, Jordan, Vietnam, Thailand, Jepun, Korea, India, Kazakhstan dan yang paling tidak dilupakan ziarah Pelestin dan umrah pada tahun 2017. Yang terkini tahun lepas ke Turki dan Thailand, dan InsyaAllah tahun ini ke Azerbaijan.

Siapa nak pergi oversea secara percuma begini? Meh join saya di INFAQ Consultancy sebagai konsultan. Ada peluang tambah income secara part time dan melancong ke luar negara.

Klik di sini. Yang best lagi, ia boleh dilakukan secara part time. Eh, terkilan pula 🤣

Ok kita kembali ke topik asal, Aku, PTPTN dan….

Jadi, tidak sia-sia saya bayar ansuran PTPTN RM100 sebulan 😅

Cuma satu perkara yang saya kesalkan, walaupun saya bayar RM100 setiap bulan, tapi caj perkhidmatan yang dikenakan bertambah secara tetap setiap bulan kira-kira RM50 sebulan kalau tak silap.

Saya jumpa kat internet. Sakit hati kan tengok servis caj setiap bulan?

KISAH KETIGA

Antara sebab saya hanya bayar ansuran hutang PTPTN kerana saya masih mengharap ia akan dimansuhkan kelak apabila kerajaan baru mengambil alih.

Harapan itu tetap subur setiap tahun dan terus marak membara setiap kali musim PRU.

Harapan saya itu sejak daripada saya grad tahun 2003, sehinggalah tahun 2018…..

Apabila kerajaan baru mengambil alih Malaysia buat pertama kali, saya begitu berkobar-kobar agar PTPTN dimansuhkan walaupun parti yang saya sokong tidak menang.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu…. dan ia tidak dimansuhkan dengan pelbagai alasan, lalu saya terus buat total settlement hutang berkenaan.

Saya masih ingat lagi, bayaran penuh full settlement pada hujung tahun 2018 selepas janji hanya tinggal janji.

Sejak daripada itu saya mula belajar bahawa tidak perlu percaya sangat cakap-cakap orang politik. Saya tidak segan silu untuk mengaku menyokong parti mana, tapi tidak bermakna saya menyokong sepenuhnya apa yang pemimpin parti katakan.

Setiap janji yang mereka taburkan, saya tidak terlalu percaya dan taksub. Saya menahan diri daripada terlalu teruja dengan janji mereka.

Tambah sakit hati daripada kes pertama yang masih membekas di jiwa.

Dalam hal ini saya tidak salahkan ahli politik kerana itu memang kerja mereka. Saya salahkan diri sendiri kerana percaya sangat.

Ia berlaku tidak kira parti mana. Buktinya, dalam tempoh kira-kira 5 tahun sejak 2018, beberapa kali kerajaan berubah dengan 4 orang Perdana Menteri, PTPTN tidak dimansuhkan pun. Ia hanya sekadar modal politk untuk meraih sokongan.

Saya ulangi: Tidak kira parti mana. Saya ulang, tidak kira parti mana.

Saya terpaksa ulang sebab biasanya posting yang menyinggung politik sebegini akan muncul macai-macai politik daripada pelbagai parti back dengan pelbagai hujah dan dalil. Selalunya saya biarkan sahaja melihat komen mereka sambil tergelak sebab ia sudah dijangka dari awal.

Parti mana pun jadi kerajaan, hutang kita tetap kena bayar.

Parti mana pun yang menang, kewangan peribadi kita kena jaga sendiri.

Jangan harapkan kerajaan. Jika ada, itu hanya bonus.

Saya akhiri posting ini dengan ayat

“Dah hutang tu, bayar lah…”

Kesian, terima kasih.

Afyan Mat Rawi,

Bekas peminjam PTPTN yang tersakiti.

P/S: Siapa baca sampai habis? Komen sepatah dua kata 😌

Jangan lupa like dan share juga ya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tak boleh ke kalau kedua-dua aplikasi Waze dan Google Map…