fbpx

Punca Hutang Rakyat Malaysia dan Solusi

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 244Words
  • 297Views

Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus kewangan dengan baik;

1) 22.8% berpunca dari perancangan kewangan yang lemah. Ia jelas satu kegagalan menguruskan kewangan.

SOLUSI: Pelajari perancangan kewangan, ilmu yang tidak pernah diajar dalam sistem pendidikan di Malaysia dari pra sekolah hingga ke menara gading.

2) 18.1% pula berpunca dari kos perubatan yang tinggi, dan 1.4% berpunca dari kematian pasangan.

SOLUSI: Ini dapat diatasi dengan kebijaksanaan pengurusan takaful, untuk menyerap kos perubatan yang tinggi melalui plan talaful medical card. Juga merancang plan pengggantian pendapatan melalui plan polisi takaful untuk suami-isteri. Dengan hanya memperuntukkan sekitar 5% ke 10% dari gaji bulanan, ia daapt menyelesaikan kesulitan kos perubatan, sakit kritikal dan kematian pasangan di kemudian hari.

3) 11.1% pula berpunca dari hutang kad kredit.

SOLUSI: Sama dengan no 1, belajar ilmu kewangan. Sebenarnya ia dapat diatasi dengan berhati-hati menggunapakai pakai kredit. Jika tidak guna langsung adalah lebih baik. Caj bank ke atas kad kredit adalah yang paling tinggi bersanding perkhidmatan lain seperti hutang peribadi (personal loan), hutang kereta atau hutang rumah. Ia boleh mencecah hingga 18% setahun, satu jumlah yang sangat tinggi.

4) 4.4% berpunca dari kos sara hidup meningkat, dan 4.1% berpunca dari komitmen kewangan yang tidak dijangka.

SOLUSI: Ia dapat ditangani dengan baik dengan membuat persediaan awal melalui simpanan di instrumen rendah risiko. Masalah utama rakyat Malaysia ialah tidak berdisiplin dalam membuat simpanan.

5) Akhir sekali, 1.1% berpunca dari kegagalan pelaburan.

SOLUSI: Perkara ini dapat diatasi melalui pelaburan bijak dan tidak terpengaruh dengan skim-skim pelaburan haram dan skim cepat kaya.

13

NOTA:
Grafik ini diambil dari Harian Metro

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam modul INFAQ Consultancy, saya buat satu garis pemisah antara…