fbpx

Pusaka | Benefisiari Tidak Di Namakan Dalam Wasiat

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 156Words
  • 297Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

PUSAKA | BENEFISIARI TIDAK DI NAMAKAN DALAM WASIAT
.
Bolehkah benefisiari yang tidak dinamakan di dalam wasiat menuntut wang/belanja/nafkah daripada harta pusaka simati?
.
Bagi harta pusaka orang yang beragama Islam, tidak timbul persoalan ini memandangkan simati hanya boleh mewasiatkan 1/3 daripada harta pusakanya kepada pihak-pihak yang bukan waris dan selebihnya dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut Faraid.
.
Manakala bagi harta pusaka orang yang bukan beragama Islam, memandangkan tiada halangan jumlah yang boleh diwasiatkan, simati berkemungkinan mewasiatkan keseluruhan harta pusakanya kepada pihak yang lain dengan mengenepikan waris-warisnya.
.
Di dalam keadaan ini, undang-undang membenarkan benefisiari yang berkepentingan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971 atau wakilnya untuk membuat permohonan kepada Mahkamah untuk sesuatu peruntukan yang munasabah daripada harta pusaka bersih simati untuk nafkah benefisiari tersebut tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain yang dinyatakan di dalam Akta yang sama.
.
.
Ahmad Mustapha
“Plan your wealth, Change your life”

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Noraini Othman Ramai wanita dianiaya semasa dalam…