fbpx

Pusaka Duit KWSP

  • 2 years ago
  • 5Minutes
  • 819Words
  • 488Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

PUSAKA DUIT KWSP

Sehari dua ini , isu yang hangat diperkatakan adalah berkenaan KWSP.

Malam ini saya ingin mengupas berkaitan PENAMA KWSP

Sebelum itu ,mungkin tuan/puan pernah baca di akhbar, Fb @ dengar bahawa

1) Penama pecah Amanah
2) Penama bolot sorang duit ahli KWSP
3) Penama tidak membayar hutang ahli KWSP
4) Penama tidak membahagikan duit tersebut kepada Ahli Faraid ( ibu, ayah,anak,isteri)
5) Penama tidak membahagikan duit KWSP kepada anak anak bawah umur simati.
6) Pak cik sedara sebagai penama membiarkan anak ahli KWSP merempat tanpa memberikan duit KWSP mengikut hak faraid anak anak tersebut .

Jika baca semuanya diatas adalah berkenaan penama individu .

Untuk makluman semua, bermula 01 Januari 2018, KWSP telah memulakan langkah penambahbaikan yang mana ahli KWSP diberi pilihan untuk melantik Penama Individu atau melantik Penama Institusi. Penama Institusi hanyalah satu satunya syarikat peramanah awam iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sahaja.

Keratan link akhbar dibawah adalah berkenaan ahli KWSP boleh melantik ARB sebagai penama kepada duit KWSP

(1) Penambahbaikan EPF pada polisi bermula 1 Januari 2018
(2) Pencarum KWSP boleh melantik Amanahraya
(3) Pencarum KWSP digalakkan melantik ARB tadbir simpanan

PERBEZAAN PENAMA INDIVIDU DAN PENAMA INSTITUSI (ARB)
Apakah perbezaan penama individu dan penama Institusi ?

PENAMA INDIVIDU
Penama individu adalah ahli KWSP melantik seseorang individu(orang) untuk menjadi penamanya. Untuk makluman semua, sesiapa sahaja boleh dilantik jadi penama biarpun individu tersebut bukan waris kepada ahli KWSP seperti jiran sebelah rumah, imam, bilal, mak sedara, kawan sekerja, pakwe, makwe dll(Nak lantik saya pon boleh ☺️☺️).

PERINGATAN bagi yang melantik penama individu:
(1) Anda juga perlu sentiasa mengemaskini penama terutamanya penama yang anda namakan telah dijemput Ilahi (mati). Ini kerana penama yang mati terdahulu sebelum anda, penama tersebut terbatal.

(2) Penama Individu bawah umur seperti melantik anak yang bawah umur jadi penama. Jika anda melantik selepasa 01/01/2017,

Apabila setelah setahun daripada tarikh anda meninggal dunia , anak anda masih bawah umur (18 tahun) maka penama tersebut terbatal dan pengeluaran duit KWSP perlu melalui Surat Kuasa Mentadbir ( SKM )

Jika anak bawah umur itu anda lantik penama sebelum 01/01/2017 maka pengeluaran duit KWSP anda akan dibayar kepada penama tersebut selepas anak itu cukup umur 18 tahun. Bayangkan jika ketika meninggal dunia dan ketika itu penama bawah umur tersebut baru umur 3 tahun , maka duit KWSP simati hanya boleh dikeluarkan setelah 15 tahun kemudian iaitu ketika anak anda cukup umur 18 tahun .

Duit tersebut akan tersimpan di KWSP sehinggalah penama anak bawah umur tersebut cukup umur 18 tahun .

PENAMA INSTITUSI (ARB)
Penama Institusi pula adalah ahli KWSP melantik satu institusi yang telah dikhususkan oleh KWSP iaitu Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penamanya.

Anda tidak perlu mengemaskini disebabkan ia adalah institusi dan tidak seperti penama individu yang boleh dijemput Ilahi.

PERSOALAN BERKAITAN:-
(1)Adakah ahli KWSP boleh melantik penama institusi selain ARB?

Jawapannya:-..
Tidak boleh, ahli KWSP tidak boleh melantik institusi lain @ syarikat peramanahan lain untuk menjadi penama selain Amanah Raya Berhad (ARB)

(2)Adakah apabila meninggal dunia ahli KWSP, penama akan dapat duit ahli KWSP tersebut ?
Ya, penama akan diberikan duit ahli KWSP tersebut tanpa perlu melalui Surat Kuasa Mentadbir (SKM).

(3)Apakah TUGAS PENAMA ?
Antara tugas penama samada penama individu atau penama institusi adalah seperti berikut:-
1. Menyelesaikan bayaran pengebumian si-mati.
2. Menyelesaikan segala hutang-piutang si-mati.
3. Mentadbir wasiat si-mati (setakat mana had dibenarkan oleh undang-undang Islam).
4. Membahagikan wang pengeluaran simpanan KWSP si-mati kepada waris-waris yang layak berdasarkan undang-undang Islam.(faraid).

Perkara ini semua ada dinyatakan di dalam borang perakuan tanggungjawab penama/penerima wang simpanan KWSP ahli (Ahli Beragama Muslim) dibawah panduan Am. Baca di sini

Borang ini perlu ditandatangani dan dihantar semasa ingin membuat pengeluaran kematian.

Beberapa persoalan yang boleh difikirkan:-

(1)Adakah penama individu yang anda lantik dengan yakin boleh menjalankan tugas tugas sebagai seorang pentadbir/penama keatas duit KWSP anda ?

(2)Adakah mereka mempunyai pengalaman untuk naik turun mencari pemiutang untuk menyelesaikan hutang anda ?

PENYELESAIAN_ SOLUSI
Jadi apa PENYELESAIANNYA/SOLUSI bagi duit ahli KWSP tersebut supaya benar benar mengikut tugas penama/pentadbir dan duit tersebut dapat menyelesaikan hak simati dan hak waris waris ?

Pada pandangan saya, tuan/puan boleh melantik penama institusi iaitu Amanah Raya Berhad(ARB) sebagai penama yang mana dapat menyelesaikan masalah masalah yang kemungkinan berulang seperti yang dikatakan pada permulaan perenggan diatas yang berlaku kepada penama individu .

Selain itu hak ahli KWSP yang telah meninggal dunia juga akan ditunaikan iaitu tugas penama dari no 1 hingga 3 dan hak waris waris yang patut dapat mengikut faraid juga dapat dilaksanakan .

Apakah yang akan anda dapat sekiranya melantik ARB sebagai penama kepada KWSP anda?

Penebusan Wasiat Asas Percuma daripada ARB yang berharga RM500 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penamaan

KELEBIHAN MELANTIK ARB SEBAGAI PRNAMA
Apakah kelebihan melantik Amanah Raya Berhad sebagai Penama?

Kelebihan melantik penama ARB:-

1) Duit kwsp dapat dibahagikan kepada semua waris faraid
2) Tiada salah guna terhadap duit simati
3) Tiada isu makan duit haram
4) Perbalahan dan perebutan duit KWSP dapat dielakkan
5) ARB syarikat berkecuali dan tiada kepentingan kepada waris waris
6) ARB tertakluk dan terikat kepada Akta Perbadanan AmanahRaya 1995 dan Akta Syarikat Peramanahan yang telah diluluskan oleh parlimen Malaysia.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seiring pula dengan apa yg saya kongsi dalam posting viral…