fbpx

Pusaka| Kereta Si Mati Berhutang

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 340Words
  • 3096Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Untuk makluman banyak kenderaan simati yang tidak dapat dipindahmilik secara terus kepada waris selepas kematian dan mengambil masa yang lama untuk dipindahmilik disebabkan harta (kereta) tersebut masih mempunyai hutang dengan bank .

Cuba bayangkan jika simati membeli sebuah kereta baru sebulan sebelum kematiannya dengan harga pinjaman RM 80,000 tanpa perlindungan HIRE PURCHASE REDUCING TERM TAKAFUL (HPRTT) keatas jumlah pinjaman kereta tersebut .

Jadi semasa kematiannya pinjaman tersebut masih tinggi dan membebankan waris jika simati hanya mempunyai harta kereta sahaja .

Oleh yang demikian, waris mempunyai pilihan bagi kereta yang berhutang dan simati tidak mengambil HPRTT :-

1) melangsaikan semua hutang baki kereta tersebut
2) Sambung bayar bulanan seperti biasa sehingga tamat pinjaman tersebut
3) Bank lelong kereta tersebut
4) Waris refinance hutang simati ke atas namanya ( jarang bank bagi)

Jika simati mempunyai harta alih lain yang mudah cair dan harta tersebut melebihi hutang kenderaan, perkara ini mudah kerana pentadbir boleh selesaikan hutang kereta simati dengan menggunakan kaedah no.1 di atas.

Jika semua waris bersetuju untuk memilih no.2, terdapat isu berkenaan cukai jalan dan takaful kereta.

Waris perlu mendapatkan surat yang memaklumkan bahawa kereta tersebut masih dalam urusan pentadbiran pusaka daripada pengeluar surat kuasa seperti Amanah Raya Berhad (ARB) jika pentadbiran dibuat di ARB.

Surat itu penting untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful keatas kenderaan simati bagi tempoh setiap 6 bulan sehinggalah kereta itu dipindahmilik kepada waris.
Oleh itu, pada pendapat saya sebaiknya @ sewajibnya setiap individu yang membeli kenderaan (kereta) membeli sekali HPRTT yang mana HPRTT ini membantu menyelesaikan baki hutang pinjaman kereta apabila kita telah tiada.

Jika dah terlepas, anda boleh rujuk balik bank pinjaman anda samada disediakan HPRTT tersebut atau pilihan kedua membuat sumbangan dalam takaful dengan Manafaat pampasan kematiannya dibuat penama wasi supaya hutang ini boleh dibayar oleh penama wasi tersebut apabila menerima pampasan takaful tersebut .

Nak saya bantu untuk menyumbang dalam perlindungan takaful boleh PM saya .

Nota
Autolife adalah produk perlindungan insurance
Hire Purchase Reducing Term Takaful (HPRTT) adalah produk TAKAFUL.

Sewajibnya ambil takaful untuk perlindungan .

Ahmad Mustapha
Infaq Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Shahirla https://www.facebook.com/ibucelikwang/posts/1981432432019615 Awal bulan seperti ini, biasanya…