fbpx

Ramai lepasan SPM tak minat sambung belajar

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 317Words
  • 329Views

Ini satu petanda buruk buat sistem pendidikan negara apabila ramai lepasan SPM tak minat sambung belajar.

Mungkin mereka lebih minat untuk bekerja terus tanpa perlu sambung belajar lepas SPM.

Berita ini disiarkan semalam, berdasarkan hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019..

Kaji selidik mengenai tenaga buruh itu disalurkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum diterbitkan di bawah Laporan Daya Saing Global 2019 oleh World Economic Forum dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia adalah rakan institutnya.

Berita penuh di https://www.bharian.com.my

Kebetulan pula, beberapa hari lepas saya menonton video ucapan penggulungan Sdra Rafizi dalam kongres tahunan PKR yang ada kaitan dengan isu ini.

Nota awal: Dalam hal ini, kita ketepikan sentimen politik. Saya bukan penyokong parti politik beliau.

Kata Sdra Rafizi, perkembangan gigs ekonomi hari ini yang menyaksikan ramai anak muda yang berpelajaran tinggi lebih suka bekerja sebagai rider penghantaran makanan, bakal memberi kesan 10 ke 20 tahun akan datang apabila generasi ini berkeluarga dan beranak-pinak.

Apabila mempunyai anak-anak yang habis belajar kelak, mereka akan beritahu anak-anak remaja merwk kelak, bahawa tidak perlu belajar tinggi sebab nanti keluar tak ada peluang kerja yang seiring dengan kelulusan. Lebih baik cari kerja terus daripada sambung belajar. Belajar tinggi-tinggi pun, habis belajar kena tanggung hutang PTPTN.

Itu antara point yang disampaikan oleh Sdra Rafizi. Apabila dibuat carian, beberapa kali beliau membawa isu ini.

Sekali lagi DISCLAIMER: Kita ketepikan sentimen politik dalam hal ini. Saya pun bukan penyokong beliau dan parti beliau. Tapi dalam hal ini, saya bersetuju.

Berdasarkan berita ini, kerisauan itu ada asasnya malah ia sudah berlaku hari ini, bukan 10 ke 20 tahun akan datang.

Dengan apa yang berlaku, negara akan kehilangan ramai pakar. Pakar IT pakar ekonomi. Jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara. Megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini

Apa pandangan anda?

Iklan: Peluang kerjaya profesional dalam bidang kewangan bersama INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masihkah kau ingat...? Saya penah bergaduh besar dengan Tok Belagak…