fbpx

Ramai Menyangka Duit Dapat Menyelesaikan Masalah

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 572Words
  • 269Views

Ketika hidup mereka kaya, kemudian meninggal dunia dalam keadaan miskin.

Dari Fb Norizwan Azlan

 

Kejadian ini berlaku di Amerika, tapi ada pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya.

Pada tahun 1923, beberapa orang ahli perniagaan telah berkumpul bersama-sama untuk mengadakan mesyuarat berkaitan perniagaan di Edgewater Beach Hotel di Chicago.

Antara ahli-ahli perniagaan ini ialah Charles Schwab, Samuel Insull, Howard Hopson, Ivan Krueger, Leon Frazier, Richard Whitney, Arthur Cotton, Jesse Livermore dan Albert Fall. Mereka ini adalah ahli perniagaan yang berjaya dan sangat kaya pada ketika itu.

Namun begitu, 25 tahun kemudian, hidup mereka semua di atas berakhir dengan; Charles Schwab meninggal dunia tanpa ada sebarang harta, malah siap berhutang lagi. Samuel Insull juga meninggal dunia tanpa ada sebarang harta, sama seperti Ivan Krueger dan Arthur Cotton.

Howard Hopson pula telah menjadi gila manakala Richard Whitney dan Albert Fall baru dibebaskan dari penjara pada ketika itu. Manakala Leon Frazier dan Jesse Livermore telah membunuh diri.

Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada mereka? Bagaimana ada antara mereka yang pernah hidup kaya raya, akhirnya mati tanpa sebarang harta, malah siap berhutang lagi? Apa sudah jadi?

Menurut Robert T. Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad, kemungkinan mereka semua ditimpa malang dan seterusnya tidak memiliki sebarang wang dan harta adalah kerana masalah kemerosotan ekonomi pada tahun 1929.

Bagi Robert T. Kiyosaki, kegagalan seseorang itu dalam menempuh masalah kewangan seperti perlu berdepan dengan kemerosotan ekonomi adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang kewangan.

Ramai menyangka bahawa asalkan ada duit yang sangat banyak sudah boleh menyelesaikan apa saja masalah yang dihadapi. Tapi hakikatnya, bukan duit yang selesaikan masalah, tapi ilmu pengetahuan.

Kita mungkin boleh hilang sebanyak mana harta yang kita ada, tapi jika kita ada ilmu pengetahuan tentang kewangan, kita boleh dapatkan ia semula menjadikan kita kaya kembali.

Lagipun, kita pun boleh tengok atlet-atlet yang suatu masa dahulu kaya raya tapi kini hidup susah akibat kurangnya ilmu pengetahuan tentang kewangan.

Contohnya adalah seperti pemain Brazil, Ronaldinho yang kini sudah jatuh miskin dan sedang dipenjarakan akibat menipu pasport. Ini terjadi kerana tabiat beliau yang suka menghabiskan duit untuk keseronokan semata-mata dan ia berlaku akibat kurangnya ilmu tentang pengurusan kewangan sehinggakan dia kehabisan wang yang diperolehi sepanjang kariernya bermain bola sepak.

Sebab itulah, jika kita ada duit banyak sekalipun, ia tidak akan menjadikan kita kaya jika kita habiskan duit itu semuanya dengan membelanjakan ke arah-arah yang tidak memberi manfaat terutama sekali untuk membina kekayaan kita.

Bak kata pepatah Inggeris, “It’s not how much money you make, it’s how much money you keep.” Lagi banyak duit yang kita ada dan kita simpan, maka lagi kayalah kita. Tapi bukanlah bermaksud simpan sampai jadi kedekut, tapi simpan jangan sampai jadi tersungkur.

Jadi, hiaskanlah minda kita dengan ilmu-ilmu kewangan agar kita tidak melakukan kesilapan seperti contoh yang aku berikan di atas. Kalau kita bertangguh, kita takkan tahu bila nasib kita yang mungkin akan jadi macam orang-orang yang aku sebutkan di atas. Jadi, baik kita siap sedia lebih awal.

Jadi, kalau korang nak tambah pengetahuan kewangan korang, aku galakkan korang dapatkan…

PAKEJ VIDEO DAN EBOOK BIJAK MERANCANG WANG.

Pakej ini merangkumi 17 video dan 1 ebook yang dihasilkan oleh Tuan Afyan Mat Rawi yang merupakan seorang penasihat kewangan yang berkaliber.

Dia telah banyak membantu orang orang yang memerlukan nasihat kewangan untuk memastikan mereka berada di landasan yang benar semula.

Jadi, kalau korang nak ada pengurusan kewangan yang betul, sila Klik link kat bawah untuk dapatkan pakej video dan ebook Bijak Merancang Wang ni ok.

eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sentap betul artikel ni. Kebetulan pula saya baru je order…