fbpx

“Rasa Rugi Bayar Takaful Sebab Tak Berlaku Apa-Apa”

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 286Words
  • 400Views

“Afyan, aku dah bayar takaful 5 tahun tapi bila berhenti dapat sikit sahaja. Rugi pula rasanya sebab tak berlaku apa-apa”

Ada beberapa jenis jawapan, untuk jawab soalan di atas.

1. Jawapan berhikmah

“Bro, sebenarnya apabila kita buat bayaran takaful, itu adalah sumbangan ke dalam tabung takaful. Ia sudah digunakan untuk membayar pampasan takaful dari kalangan peserta dan menampung kos operasi syarikat takaful. Jadi sebenarnya kita sudah membantu sesama peserta takaful”

2. Jawapan berhikmah bertazkirah. Boleh combine dengan jawapan nombor 1.

“Alhamdulillah, syukur tak berlaku apa-apa kepada Bro. Mana Bro mahukan; sihat sejahtera tanpa berlaku apa-apa atau ditimpa musibah penyakit, lumpuh, kematian dan menerima pampasan?”

3. Jawapan sentap

“Bro, andaikan Bro bayar gaji seorang body guard untuk menjaga kesemua matan rumah Bro. Selepas 5 tahun tak berlaku sebarang kecurian dan rompakan di rumah Bro. Adakah Bro boleh minta balik duit yang Bro dah bayar gaji body guard tadi?”

4. Jawapan sentap level 9.

“Bro ada Astro kan? Kalau Bro tak tengok pun TV Astro tu, boleh dapat balik tak duit bayaran Astro tu? Bro ada kereta kan? Kalau Bro tak bawa kereta sebulan, boleh dapat balik tak ansuran bulanan kereta tu?

5. Jawapan sentap berhikmah Level 999

“Bro nak buat untung dengan takaful? Jom join aku jadi ejen. Setiap kali dapat klien, kita akan dapat komisen. Bukan setahun, tapi 6 tahun selagi mana klien bayar sumbangan. Tak payah tunggu sakit, lumpuh atau mati. Amacam Bro? Ada bran? Isi borang di http://infaq.my/kerjayatakaful/

6. Jawapan sentap Level Dewa Tak Berhikmah

“Oh, nak claim? Meh aku ajar Bro. Bro nampak bangunan tu? Bro panjat sampai tingkat 10 kemudian lompat ke bawah. InsyaAllah boleh dapat coverage tu. Kalau rasa nak claim hospital je, lompat dari tingkat 2”

 

Jawapan ini diberikan kepada situasi si penanya.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
TOP Performer UT Jun 2018 b Tahniah diucapkan buat rakan-rakan…