fbpx

Respon Dari Selfie Bersama Dato’ Sri Najib Razak

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 144Words
  • 345Views

 

Siang tadi saya upload gambar selfie bersama Dato’ Sri Najib Razak.

Ia menerima respon yang pelbagai.

Ada yang terkejut. Ada yang ketawa. Ada yang hairan.

Tapi tak kurang juga yang panas dan menyindir. Ada yang kata saya bergambar dengan ketua kleptokrasi. Ada juga yang kata nak unfollow. Ada yang komen tanya saya nak masuk UMNO ke?

Saya hanya tersenyum. Terima seadanya.

Posting santai-santai sahaja.

Sebelum ini juga saya pernah kongsi gambar selfie dengan scammer Norsham Alfafa.

Juga saya pernah kongsi gambar saya selfie depan pejabat scammer Arba CWC Kopi Pak Belalang.

Tak la pula saya jadi scammer dengan cara begitu.

Juga ada gambar-gambar selfie lain yang pernah saya kongsi. Juga ada yang disimpan untuk tatapan peribadi sahaja, kalau saya kongsi mungkin ada yang kata saya murtad. Hahaha

Kalau ada kesempatan, dengan Firaun pun saya nak selfie kalau boleh. Ada yang boleh tolong arrange?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“SAYA INGAT SCRUT NI CINA PUNYA..” kata influencer dunia kewangan, Afyan…