Rezeki Datang Dengan Pelbagai Cara

Rezeki bukan sekadar harta.

Jangan kita sempitkan konsep rezeki, nanti rezeki jadi sempit.

Ia mungkin datang melalui badan yang sihat. Kadang-kadang datang melalui keluarga yang bahagia. Mungkin juga datang melalui zuriat yang subur.

Masa yang lapang, tenaga yang kuat, badan yang sihat, keluarga yang aman damai, isteri-isteri yang solehah, anak-anak yang ramai – juga rezeki.

Rezeki bukan sekadar wang ringgit yang melimpah-ruah, kerana tidak sedikit bisnesman yang kaya raya tetapi hidup sepi punyai zuriat. Tidak kurang hartawan yang rumah-tangganya porak peranda, atau si kaya yang berpantang makan akibat penyakit.

Wang hanyalah kertas tidak bernyawa.

Datang pada insan yang baik, menyerlahkan lagi kebaikannya.

  • Masa duit sikit dia derma RM10. Masa duit banyak, dia derma RM100. Masa duit banyak dia derma RM1,000, RM10,000 dan seterusnya. Duit menjadikan kebaikannya bertambah.
  • Masa duit sikit, dia selalu ke surau & masjid.. Masa duit banyak, dia bina surau dan masjid.

Datang pada pada orang yang jahat, menyerlahkan lagi kejahatannya.

  • Masa duit sikit, dia main tikam-tikam. Masa duit banyak, dia pergi kasino.
  • Masa duit sikit, dia main judi RM10. Masa duit banyak dia main judi RM100, RM1000, RM10,000 dan seterusnya. Duit menambahkan lagi kejahatan yang dilakukannya.

Maha suci Allah yang maha pemberi rezeki!

Rezeki itu luas, dan jangan sempitkan sekadar wang ringgit. Inilah perbezaaan besar perancangan kewangan dengan cara Islam dengan perancangan kewangan cara barat.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com