fbpx

Riba tak semestinya menindas

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 298Words
  • 929Views

Tahukah anda, tidak ada hadith atau ayat Quran yang menyatakan bahawa riba haram disebabkan ia menindas atau menganiaya?

Riba boleh berlaku tanpa menindas dan menganiaya sesiapa.

Dalam ayat Quran dinyatakan larangan dan pengharaman riba tanpa Allah nyatakan bahawa riba diharamkan sebeb penindasan. Manakala detail transaksi riba pula ditunjukkan dalam banyak hadith.

Berdasarkan hadith-hadith berkaitan muamalat, perbezaan urusniaga riba dengan urusniaga bukan riba, hanyalah sekadar teknikal bagaimana urusniaga itu berlaku.
Tapi impaknya sangat gesa iaitu riba dan bukan riba.

Hadith 1:


Nabi Muhammad (selawat) melarang sahabat menukar kurma biasa dengan kurma janib (kurma berkualiti) jika berbeza timbangan.

Nabi menyuruh sahabat menjual terlebih dahulu kurma biasa dan kemudian hasil urusniaga pertama digunakan untuk membeli kurma janib.

Hasil hujungnya tetap sama, kan? Yang membezakan adalah teknikal / kontrak / aqad.

Urusniaga pertama yang berlaku riba, tidak langsung ada elemen menindas dan menganiaya. Tukar kurma berkualiti dengan kurma tidak berkualiti yang berbeza berat, adalah riba sekalipun kedua-duanya mempunyai harga yang sama.

Adakah berlaku riba jika tukar kurma yang berbeza timbangan walaupun sama harga? Ya, berlaku riba.

Adakah berlaku penindasan apabila tukar kurma yang berbeza timbangan walaupun sama harga? Tidak ada sesiapa yang tertindas.

Hadith 2:


Bilal bercerita kepada Nabi Muhammad (selawat) bahawa beliau membeli 1 gantang kurma barni (kurma kualiti) dgn 2 gantang kurma biasa.

Nabi Muhammad terkejut kerana transaksi itu adalah riba!

Lalu Nabi Muhammad memberi panduan: Sepatutnya jual dahulu kurma biasa. Selepas jual, barulah kemudian beli kurma barni gunakan hasil jualan tadi.

Apa beza? Teknikal!

Adakah berlaku riba jika tukar kurma yang berbeza timbangan walaupun sama harga? Ya, berlaku riba.

Adakah berlaku penindasan apabila tukar kurma yang berbeza timbangan walaupun sama harga? Tidak ada sesiapa yang tertindas.

Rujuk matan hadith-hadith ini dalam gambar-gambar disertakan dalam posting ini.

Ikuti program #BorakMembaWang Perbankan ISLAM Haram? pada hari Khamis ini jam 8:15 malam.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"...Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi..." Masa saya offer tawarkan…