fbpx

Rich Dad Poor Dad

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 189Words
  • 293Views

Dipetik dari FB M Firdaus Ibrahim

Rich Dad Poor Dad.

Buku ni banyak mengubah saya terhadap persepsi kewangan. Menceritakan tentang perbezaan pemikiran terhadap kewangan seorang bapa yang kaya yang berpelajaran rendah dan seorang bapa yang miskin yang berpelajaran tinggi.

Satu situasi yang menarik apabila si anak disuruh bekerja tapi tanpa gaji. Mula-mula si anak tidak faham adakah si bapa mengunakan dia untuk membuat kerja secara percuma. Tetapi si bapa ingin mengajar untuk bekerja tidak takut ketiadaan duit dan keinginan terhadap duit. Duit itu satu ketagihan.

Takut apabila tidak dapat membayar komitmen bulanan membuatkan mereka bekerja untuk duit. Sama seperti keinginan, pelbagai barang-barang hebat boleh dibeli membuatkan kita mencari lebih duit. Jadi kita terus bekerja untuk duit menyebabkan kita terperangkap dalam “rat race”.

Pendekkan cerita di dalam buku itu penulis menyarankan mencari jalan duit bekerja untuk kita. Salah satu caranya dengan melakukan pelaburan.

Sebelum melakukan pelaburan, kita kena mengambil kira simpanan & perlindungan. Kerana tiga perkara kita tak boleh hanya ambil salah satu kerana masing-masing mempunyai keperluan yang berbeza. Keperluan boleh dibaca di posting saya sebelum ini.

Firdaus Ibrahim
INFAQ Consultancy
#infaqconsultancy
#takafulikhlasikhlas

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin KENAPA RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG? Pernahkah…