fbpx

Ringkasan Dari Slot WHI – “Gila Emas: Pelaburan Atau Perniagaan”

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 534Words
  • 399Views

Pagi tadi saya bersiaran secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3 untuk sesi bual bicara bertajuk “Gila Emas: Pelaburan atau Perniagaan”.

Ia dihoskan oleh pelakon Fahrin Ahmad dan Puan Rina. Selain saya ia turut menampilkan aktres Rozita Che Wan, selaku pengumpul emas dan Puan Nik, seorang usahawanita yang memiliki perniagaan emas.

Rakaman penuh boleh ditonton dalam FB Wanita Hari Ini TV3

Berikut beberapa point yang sempat saya kongsikan dan juga beberapa point tambahan yang tak sempat saya kongsikan dalam masa yang terhad tadi.

Emas: Perhiasan boleh, pelaburan pun boleh

1. Emas diguna pakai bulan sahaja oleh datuk nenek moyang kita sahaja malah sejak zaman para Nabi dan ia disebut dalam Quran

2. Emas secara umumnya memang dijadikan sebagai barang perhiasan sejak dahulu kala.

3. Emas boleh dijadikan perhiasan dan pelaburan. Untuk pelaburan, ia memerlukan strategi dan ilmu tertentu.

Beza emas perhiasan dan emas gold bar

4. Ada beza antara emas barang kemas dengan emas bukan perhiasan seperti gold bar atau emas jongkong.

5. Emas perhiasan lazimnya lebih tinggi harganya berbanding emas gold bar. Spread atau susut nilai emas perhiasan juga lebih tinggi berbanding emas gold bar. Point ini, emas gold bar menang.

6. Emas dikenakan zakat apabila cukup haul dan nisab. Zakat bagi emas gold bar lebih tinggi berbanding zakat emas perhiasan. Pada point ini, emas perhiasan pula menang.

Risiko Pelaburan Emas

7. Semua pelaburan ada kos dan risiko. Saya kongsikan risiko pelaburan emas yang tidak ada pada pelaburan lain seperti pelaburan hartanah, pelaburan saham, pelaburan unit trust dan lain-lain.

8. Risiko utama pelaburan emas ialah emas yang dibeli hilang. Risiko hilang ini tidak ada pada pelaburan. Tidak pernah dengar orang beli rumah dan hilang. Saham dan unit trust yang dibeli juga tak ada risiko hilang. Tapi emas yang dibeli ada risiko hilang.

9. Risiko kedua pula ialah risiko emas palsu. Ada kes yang pernah berlaku, emas yang dibeli dari pajak gadai rupa- rupanya emas palsu. Che Ta nampaknya tak bersetuju dengan point ini ketika saya kongsikan. Hahaha

“Adakah pelaburan emas ialah pelaburan yang paling menguntungkan?”

10. Soalan di atas diajukan oleh pelakon Fahrin Ahmad. Respon saya ialah “Orang yang kata begitu ialah orang yang mempromosi emas”. Disambut oleh hilai tawa oleh Fahrin.

11. Pelabur emas akan katakan pelaburan emas adalah terbaik. Pelabur saham pula akan katakan pelaburan saham adalah terbaik. Pelabur hartanah juga akan katakan pelaburan hartanah adalah yang terbaik.

12. Semua pelaburan adalah baik jika ada ilmu. Sebelum melabur dalam mana-mana pelaburan, dahulukan dengan pelaburan ilmu.

13. Apa yang lebih penting dalam sesuatu pelaburan, ialah ilmu. Tanpa ilmu, makan nasi pun jadi berisiko.

Nasihat terakhir

14. Ada 2 nasihat yang saya tinggalkan di akhir program. Pertama, pastikan beli emas dan dapat emas. Jangan terjebak dengan skim-skim mengarut yang memanipulasi emas dengan tawarkan pulangan bulan-bulan. Emas tak boleh keluarkan dividen bulan-bulan. Kalau ada ia adalah skim sontot.

15. Nasihat kedua saya utarakan ialah aspek patuh syariah. Pastikan beli emas dapat emas, bukan dapat sijil sahaja atau dapat buku akaun emas sahaja. Sangat penting untuk memastikan muamalat jual beli emas mematuhi syariah.

Ada sebarang soalan dari penonton di rumah? 😎

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menjalinkan hubungan intim bersama warga INTIM hari ini.   Seminar…