fbpx

Risau Tentang Sekuriti Aplikasi ZOOM?

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 768Words
  • 343Views

Saya sudah gunakan aplikasi ZOOM sejak 2018 lagi, dan ini buktinya.

 

Rujuk gambar di bawah, posting FB bertarikh 13 Julai 2018. Saya gunakan beberapa tahun sebelum ia “meletup” sekarang.

Ada 3 perkara yang menyebabkan ia meletup:

1. Pengguna ZOOM tiba-tiba naik mendadak. Dikhabarkan daripada 10 juta kepada 200 juta sehari ketika musim MCO di selllluuuuruuuuuh dunia.

2. Selain daripada kenaikan pengguna, saham ZOOM juga turut naik mendadak!

3. Tiba-tiba meletup isu sekuriti penggunaan ZOOM sehingga ia dikaitkan dengan privasi, mallware, malah ada yang mengaitkan dengan hacker ke atas internet banking.

Sebelum gunakan aplikasi ZOOM , saya pernah mencuba beberapa aplikasi video conference yang lain untuk tujuan bermesyuarat bersama-sama rakan-rakan bisnes saya terutama di luar KL.

Meeting online menggunakan ZOOM
Posting bertarikh 13 Julai 2018. Saya sudah gunakan zoom sebelum ia meletup hari ini.

Selepas mencuba beberapa aplikasi, akhir sekali saya memilih untuk menggunakan ZOOM atas faktor kelancaran yang ada pada aplikasi ini berbanding yang lain.

Sebagai pengguna zoom sejak 3 tahun lalu, saya tak pernah menghadapi apa-apa isu security sepanjang penggunaan aplikasi ini.

Jika Tuan-Puan rasa risau tentang sekuriti aplikasi ZOOM, Tuan-Puan patut risau juga sekuriti aplikasi lain terutama FACEBOOK dan GOOGLE.

Tahukah anda, CEO Facebook dan CEO Google pernah beberapa kali dipanggil menghadap Kongres Amerika untuk sesi pendengaran awam akibat isu sekuriti dan privasi?

Tuan-Puan boleh sahaja Google dengan keyword berita berkaitan isu privasi dan sekuriti yang terpalit ke atas Facebook dan Google.

Lihat beberapa berita dilampirkan.

Image may contain: 1 person, text
Mark Zuckerberg beri penjelasan kepada Kongres US, berhubung isu sekuriti Facebook

 

Image may contain: 3 people, possible text that says 'BH ONLINE CEO FB minta maaf kebocoran data pengguna SELASA, 10 APRIL 2018 @ 1:11 AM Ketua Pegawa Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg (dua dari kiri) tiba pertemuan dengan Senator Bill Nelson Capitol Hill di Washington.- Foto AFP WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, meminta maaf dalam kenyataan bertulis kepada Kongres yang disiarkan semalam dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi mengelakkan salah guna data. "Sudah jelas sekarang kami tidak melakukan secukupnya untuk mengelakkan ia digunakan untuk tujuan tidak baik.'
FB mengakui berlaku kebocoran data privasi pengguna
Image may contain: 2 people, text
Google juga ada isi privasi

Oh, saya bukan melobi untuk Tuan-Puan terus menggunakan ZOOM. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam syarikat tersebut. Saya hanya pengguna biasa dan tidak membeli pun saham zoom.

Saya juga tidak nafikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Netizen Negara berkenaan privasi dan sekuriti penggunaan zoom.

Malah saya juga membaca dokumen yang dikatakan sulit yang dikeluarkan oleh National Cyber Security Agency (NCSA), Malaysia berkenaan isu sama. Ia tidak ada di halaman rasmi NCSA dalam masa sama tiada penafian dibuat.

Cuma saya berasa agak janggal apabila ramai yang mengambil peduli isu sekuriti dan privasi di Zoom tapi dalam masa sama tidak perasan ia bukan sekadar pada aplikasi tersebut.

Sebenarnya isu sekuriti dan privasi ini juga wujud pada Facebook, Google, Twitter, WhatsApp, TikTok dan pelbagai lagi.

Tuan-Puan boleh buat carian dan pasti terkejut membacanya.

Bukan setakat apps, gajet yang Tuan-Puan gunakan pun ada isu sekuriti. Ingat lagi isu yabg melanda Apple dan Huawei suatu ketika dulu ketika perang perdagangan Amerika – China. Rujuk berita berikut.

 

Image may contain: people sitting and text
Adalah iPhone dan iPad anda selamat?

 

Image may contain: one or more people and text
US meragui Huawei

Dan ingat lagi tak gambar Mark Zuckerberg yang meletakkan selotape pada kamera laptop beliau? Saya tak sempat search gambar tersebut.

Itu menunjukkan Laptop yang kita pakai pun ada isu sekuriti.

Image may contain: 6 people, text
Malaysia pun pernah sangsi isu privasi pada Huawei

Bukan saya tak kisah isu sekuriti dan privasi. Cuma rasa pelik bagaimana perkara ini tiba-tiba jadi isu.

Macam ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. Sesuatu yang mengikan…

Saya bertambah curious apabila Bloomberg membuat posting berbayar di FB untuk menyiarkan berita bertajuk:

“Zoom sued for Allegedly Illegal Disclosing Personal Data”.

Rujuk gambar di bawah. Pelik betul. Kenapa sampai sebegitu sekali? Siap buat FB Ads!

Image may contain: text
Tak pelik ke Bloomberg siap buat FB Ads untuk berita negatif tentang zoom?

Kebetulan pula, aplikasi ZOOM diasaskan oleh Eric Yuan ialah bekas kakitangan WebEx yang juga sebuah aplikasi yang menyediakan perkhidmatan video conference.

Nampaknya, selain isu privasi dan sekuriti, ada juga isu lain iaitu persaingan bisnes.

Alaaaa… Bukan dalam bisnes orang kita sahaja yang ada. Cuma bezanya, depa tak guna santau.

Jadi, sebagai pengguna, kita boleh ambil tindakan berhati-hati dalam setiap keputusan dibuat.

Saya sertakan juga poster oleh Cyber Security Malaysia, Panduan Keselamatan Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian. Ia boleh digunakan dalam mana-mana aplikasi video conference yang Tuan-Puan pakai tidak kira Zoom, WebEx dan sebagainya.

No photo description available.
Panduan daripada Cyber Security Malaysia.

Apabila bisnesman bergaduh, patutnya ia bagus untuk kita sebagai pengguna sebab kita dapat pilih produk yang paling bagus.

Jika masih sangsi dengan Zoom, boleh pilih aplikasi lain dan pastikan baca setiap terma dan syarat yang disertakan sebekum klik “I Agree”.

Jika tak baca, sama seperti keluar dari mulut Hydra dan masuk ke mulut Thanos. Baca setiap patah perkataan terutama pada terma yang menggunakan font bersaiz 4.

Jangan nanti “elephant fight elephant grass will suffer”.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tips Starter-pack pelaburan ketika krisis 1. Mulakan dengan allocation untuk…