fbpx

Risiko Pelaburan Emas Iaitu Emas Palsu

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 235Words
  • 1195Views

Minggu lepas ketika bersiaran di TV3 membicarakan topik “Gila Emas: Perhiasan atau Pelaburan”, saya ada kongsikan salah satu risiko pelaburan emas iaitu emas palsu.

Che Ta Rozita Che Wan terkejut, katanya ia mustahil dan beliau tak percaya. Hahaha..

Rujuk video pada minit 19:45 ke 19:55.


Link video

Saya sempat cari balik keratan akhbar ini, Harian Metro bertarikh 8 November 2016 yang memaparkan tajuk “Emas Jadian”,

Emas palsu dibuat daripada tungsten yg mempunyai ketumpatan logam seumpama emas. Ketumpatannya 99% menyamai emas.

Antara logam yang digunakan ialah tungsten.

Sudah ada banyak kes emas palsu, malah saya pernah terbaca satu pendedahan bahawa kira-kira separuh emas yg berlegar dlm pasaran ialah emas palsu. Tak ingat di mana tulisannya.

Malah ada juga kes emas yg dibeli dari kedai pajak gadai ialah emas palsu.

Bayangkan, kedai pajak gadai yg hari-hari berurusan dgn emas pun boleh tertipu dengan sendiket emas palsu.

Biasanya ketulenan emas diuji dengan berat dan diuji melalui ketumpatan air. Melalui cara ini, ia hanya menepati 99% shj.

Seorang pensyarah dlm bidang fizik pernah berkongsi dengan saya bahawa ketulenan emas hanya 100% tepat menggunakan satu jenis alat yg memerlukan emas itu dipotong terlebih dahulu dan kemudian diuji.

Dan alat itu tidak sampai 10 pun di Malaysia kerana harganya yg mahal.

Ketika itu saya berprogram di UPM, pensyarah tersebut menerangkan bahawa alat tersebut ada di makmalnya.

Berdasarkan laporan akhbar ini, alat yang digunakan namanya X-Ray Fluorescence.

 

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari hujung bulan lepas saya tercari-cari plan internet yang sesuai…