fbpx

RM1 Sehari Sahaja!

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 283Words
  • 321Views

Tips Mudah, Simpan RM1 Sehari Sahaja!

Ya, kisah di bawah adalah REALITI keadaan sekarang. Bukan lagi FANTASI tapi benar-benar terjadi.

“Tak mampu la, ada komitmen lain lagi”

“Abis, kalau dah masuk boleh keluar duit bila-bila masa tak”

“Saya bukan kena cukai pun, buat apa nak simpan”

Sahabat,

ALASAN di atas kerapkali didengar, malah saya percaya semua rakan setugas pun dah masak dengan pilihan jawapan ‘objektif’ yang segelintir ibubapa akan berikan bila ditanya.

Beginilah, saya sendiri memahami stigma masyarakat bila di suruh menyimpan, ia masih lagi bukan ‘budaya wajib’ keseluruhan rakyat Malaysia. Mungkin mereka yang pernah meminjam dimana-mana institusi untuk tujuan pendidikan, mungkin memahami keperitan dimaksudkan.

Saya sendiri jujur, tak nak anak-anak kelak berhutang atau saya sendiri meminjam dimana-mana agensi untuk tujuan pendidikan tinggi. Saya juga percaya, ramai ibubapa diluar sana bersetuju dalam menyediakan anak-anak untuk ke peringkat universiti, simpanan tabung pendidikannya perlu dipersiapkan lebih dahulu.

Serupa hari ni kita sibuk bercakap mengenai BINA NEGARA, tapi apa kesannya jika kita tidak MEMBINA JIWA MANUSIA terlebih dahulu, nak menangkap ikan, siapkan joran atau jaringnya dahulu, kemudian umpan yang baik, Insyaallah hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Penabungan Melalui SSPN

Jadi,

PTPTN melalui SSPN ada menyediakan pelan simpanan paling komprehensif, paling mampu milik, cuma RM30 SEBULAN untuk melengkapkan impian pengajian tinggi ibubapa.

Ingat, lambat kita membuat keputusan PENABUNGAN MELALUI SSPN bermakna kita menafikan hak pendidikan anak-anak kita kelak.

Tiada masa untuk hadir ke kaunter PTPTN untuk pembukaan akaun. jangan risau pembukaan akaun secara online boleh dilakukan.

Boleh terus buka secara online melalui link berdaftar seperti di bawah.

Daftar di sini

Daftar di sini

Atau

Masih tidak jelas,jangan risau boleh hubungi pegawai PTPTN untuk keterangan lanjut. Boleh wasap di sini

#lovesspn

#ptptnnegeriperak

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cerita sebuah jam Alkisah, seorang tukang jam berkata kepada jam…