fbpx

Royal Q: Pandangan Oleh Azizi Ali

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 785Words
  • 1511Views

Sejak tahun lepas ramai yang bertanya saya tentang Royal Q, malah tak kurang juga yg ajak.

Kemudian, berdasarkan semakan awal, ia ada dalam alert list Suruhanjaya Sekuriti.

Jadi, saya awal-awal letak ia ke tepi. Kalau ada yang nak invest, pastikan bersedia dengan risikonya.

Saya memang tak invest pada instrumen yang saya tak faham.

Baru-baru ini ada yang bersungguh-sungguh ajak saya. Memang penerangan yang diberikan sangat mengiurkan.

Kemudian saya terlintas untuk merujuk kepada Azizi Ali Mentor Wang. Selepas mendengar nasihat beliau, maka saya bersyukur atas tindakan awal.

Nantikan pendedahan daripada beliau. Cekidaud!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

Pendedahan Tn Azizi Ali

Rujuk posting asal di sini

BUAT DUIT DENGAN ROYAL Q?

1. Saya banyak mendapat soalan tentang Royal Q sejak dua menjak ini. Jadi saya pun telah membuat research tentang projek ini.

2. Royal Q adalah app trading bot yang menolong pesertanya berdagang crypto. Laman webnya ‘royalqs.com’. Tidak ada info tentang syarikat atau identiti pihak pengurusan di laman web ini; apa yang ada hanyalah tutorial untuk menggunakan app dan sedikit info tentang crypto. Jadi tujuan utama laman web ini ialah untuk men-direct prospek muat turun app di Google Playstore.

3. Peserta membayar fee tahunan $120 untuk menggunakan app Royal Q. Dan yang lebih utamanya, boleh merekrut downline dan mendapat komisen daripada penyertaan dan hasil trading downline mereka. Ini bermakna yang app ini menggunakan sistem MLM – yang membuatkannya popular dengan pencinta MLM. Malah, saya rasa majoriti pendapatan peserta adalah daripada komisen yang datang daripada penyertaan downline baru mereka, dan bukan daripada keuntungan dagangan crypto.

4. Sebenarnya app trading bot bukan satu idea yang baru. App yang serupa telah digunapakai untuk berdagang saham dan forex. Malah, sudah ada trading bot lain juga yang berdagang crypto.

5. Jadi teori Royal Q ialah ianya menggunakan AI (artificial intelligence algorithm) untuk menolong pesertanya berdagang crypto dengan lebih efektif dan efisien. Saya stresskan in ‘TEORI’ sebab tidak ada bukti tentang kecanggihan algorithm yang diberikan. Jadi Royal Q claim AI saja tanpa memberikan bukti kecanggihannya.

6. Having stated the above, saya perlu nyatakan yang saya amat curiga dengan Royal Q. Sebab mengapa saya berkata demikian ialah:

  • Tidak ada info langsung tentang identiti pihak pengurusan Royal Q (this is never a good thing)
  • Tidak ada alamat fizikal Royal Q (lagi sekali, ini merupakan satu petanda buruk)
  • Tidak ada bukti tentang kecanggihan AI yang di claim oleh Royal Q
  • Laman web Royal Q berada di dalam alert list Securities Commission (a major negative)
  • Royal Q tidak mempunyai lesen jualan langsung untuk berniaga sistem MLM di Malaysia (yang bermakna ianya beroperasi secara illegal di Malaysia)
  • Royal Q tidak mempunyai sijil patuh-syariah dan sudah tentu tidak ada penasihat syariah (yang bermakna sistem termasuk pengiraan dan pembayaran MLM nya is likely to be TIDAK patuh-syariah, dan oleh itu perlu dielakkan oleh orang Islam)

7. Jadi semua peserta tidak tahu siapa pihak pengurusan, dimana mereka berada, undang2 negara mana yang mereka ikut, tidak tahu sistem sebenar algorithm Royal Q, dan BERHARAP yang pihak pengurusan sentiasa telus dan tidak akan menghilangkan diri! Dan bila app itu berkubur, apa yang peserta boleh buat? Nak komplain kepada siapa? Nak claim coin yang hilang daripada siapa?

8. Sudah tentu ini bukan situasi idaman! Malah situasi ini hanya menunggu masa untuk meletup!

9. Jika ada sesiapa yang berkata yang pihak pengurusan tidak boleh mencuri atau melarikan coin kerana coin tersebut berada di dalam wallet mereka (di platform exchanger), sila baca kes di laman web ini: Klik di sini.

10. Jika ada sesiapa yang berkata tidak ada orang yang menanggung kerugian dalam Royal Q lagi, by the time ada orang yang menceritakan mereka telah menanggung kerugian, it will be too late kerana app itu sudah berkubur.

11. Rumusan post ini? Royal Q adalah amat mencurigakan (sepertimana Bitclub Network mencurigakan saya dahulu) jadi saya tidak akan menggunakannya. Saya juga mengesyorkan klien saya untuk tidak menggunakannya kerana peluang untuk MENANGGUNG KERUGIAN DAN KEHILANGAN SEMUA COIN mereka amat tinggi.

12. Jika awak menanggung kerugian kerana tak tahu yang sesuatu projek itu mencurigakan (atau scam), mungkin ada alasan kerana tak tahu. Tetapi sekarang awak sudah tahu!

13. Malah, saya mengesyorkan mereka yang terlibat untuk menarik diri dengan segera serta membuat laporan polis.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

Teringat posting lama

Selepas Tuan Azizi Ali Mentor Wang buat pendedahan eksklusif tentang Royal Q, terus saya teringat tulisan lama ini.

Tulisan Tn Azizi boleh dibaca di sini

Tulisan lama ini, merupakan satu kayu ukur untuk menilai sama ada ia program affiliate / networking yang genuine atau sebenanrnya skim piramid.

Sebelum saya berikan pandangan saya tentang program ini, saya nak tanya satu soalan:

Ada tak rakan-rakan yang invest dalam Royal Q sahaja tanpa terlibat referal program dan buat untung?

Boleh kongsikan pengalaman.

Jawapan ini menentukan sama ada ia program robot Kripto yang genuine atau pun tidak.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Akif Radzi https://www.facebook.com/akifradzi.infaq/posts/5136276203057322 CARA YANG MANA ANDA…